Remaja lemas tergelincir ketika bergambar di Lata Jarum

KUANTAN – Seorang remaja lelaki lemas selepas dikatakan tergelincir dalam sungai ketika bergambar di Lata Jarum, Ulu Dong, dekat Raub, petang tadi.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mangsa Muhammad Shahrul Ikwan Adam Hareez Islami, 18, dikatakan berkunjung ke kawasan air terjun itu bersama dua rakannya untuk berkelah.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada jam 4.10 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Raub bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa adalah penduduk kampung di sekitar kawasan air terjun itu. Dia hanya datang untuk berkelah bersama rakan dan tidak mandi.

“Mangsa bagaimanapun tergelincir ke dalam air terjun semasa hendak bergambar dengan berlatarbelakangkan pemandangan di situ.

“… yang mengambil gambar ialah rakannya dan mangsa berjaya dijumpai pasukan bomba dengan bantuan orang awam kira-kira jam 5.42 petang pada kedalaman 3.04 meter, di lokasi dia dilaporkan tergelincir,” katanya dalam kenyataan.

Operasi membawa naik mangsa menggunakan pengusung dan tali menyelamat berdepan kesukaran berikutan arus deras.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh kakitangan klinik kesihatan berdekatan dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya.

Related Posts

Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

TAWAU – Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud yang berlaku di Semenanjung Minahassa Sulawesi, Indonesia pukul 12.25 pagi tadi dirasai di beberapa kawasan Pantai Timur Sabah iaitu Kunak, Lahad Datu dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR boleh cipta lagi kejutan 2028

PKR boleh cipta lagi kejutan 2028

‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?