Kraftangan Buri peluang jana ekonomi wanita di luar bandar

KANOWIT – Wanita di Sarawak kini digalakkan untuk bijak memanfaatkan kreativiti mereka dalam meningkatkan taraf ekonomi diri dan keluarga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana berkata, kraftangan seperti hasil jahitan Buri boleh menjadi sumber pendapatan yang berpotensi bagi wanita, terutamanya bagi mereka yang ingin mencari peluang baharu dalam bidang ekonomi.

Menurut beliau, cabaran dan kekurangan diri tidak seharusnya menjadi penghalang untuk berjaya, termasuk dalam usaha mencari peluang yang dapat meningkatkan ekonomi masing-masing.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Bengkel Pembuatan Kain Buri Wanita Nanga Ngungun yang diadakan di Rumah Rety, Nanga Ngungun, yang dihadiri oleh seramai 36 peserta dari kalangan wanita di kawasan tersebut.

Dalam majlis tersebut, Anyi turut berharap agar semua peserta bengkel tidak hanya sekadar memperoleh sijil, tetapi juga dapat mengembangkan hasil karya mereka dan memperluaskan pasaran kraftangan yang dihasilkan.

Beliau juga berharap agar wanita di kawasan luar bandar seperti Nanga Ngungun dapat terus berinovasi dan memanfaatkan peluang untuk memperbaiki taraf hidup mereka melalui bidang kraftangan yang kaya dengan nilai budaya dan potensi.

Majlis ini turut dihadiri oleh isteri beliau, Gelim Utan; Setiausaha Politik Menteri Perpaduan Negara, Dr Stephen William; Setiausaha Majlis Daerah Kanowit, Encik Bilong serta beberapa ketua kampung dan peserta bengkel.

Related Posts

Geran hingga RM15,000 bantu belia Sarawak mulakan perniagaan

KUCHING – Usahawan belia di Sarawak yang berkelayakan kini berpeluang memohon geran permulaan perniagaan sehingga RM15,000 menerusi Program Sarawak Youth StartUp (SYStartUP), selain mendapat akses kepada kemudahan pembiayaan pinjaman mudah berjumlah keseluruhan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAIS sahkan dua individu ditahan bantu siasatan kes khalwat figura awam

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penahanan dua individu bagi membantu siasatan kes khalwat membabitkan seorang figura awam di daerah Petaling, pada Khamis. Pengarah JAIS, Datuk Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Geran hingga RM15,000 bantu belia Sarawak mulakan perniagaan

Geran hingga RM15,000 bantu belia Sarawak mulakan perniagaan

Bahasa Inggeris, AI antara fokus kerjasama pendidikan Malaysia-Singapura

Bahasa Inggeris, AI antara fokus kerjasama pendidikan Malaysia-Singapura

JAIS sahkan dua individu ditahan bantu siasatan kes khalwat figura awam

JAIS sahkan dua individu ditahan bantu siasatan kes khalwat figura awam

Perolehan meragukan, pemalsuan tuntutan tidak boleh disembunyikan – KP JKOM

Perolehan meragukan, pemalsuan tuntutan tidak boleh disembunyikan – KP JKOM

AI pemangkin kreativiti, kecekapan komunikasi JKOM – KP

AI pemangkin kreativiti, kecekapan komunikasi JKOM – KP

IMF unjur ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada 2026

IMF unjur ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada 2026