Selangor batal sambutan Rumah Terbuka MADANI 2025

KERAJAAN Selangor membatalkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri MADANI 2025 yang sepatutnya diadakan esok.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang berkata, pembatalan tersebut sebagai menghormati mangsa dan keluarga yang terlibat dengan insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya.

“Setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor serta persetujuan YAB Perdana Menteri, saya dengan ini mengumumkan bahawa Rumah Terbuka Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Negeri Selangor esok dibatalkan.

“Segala persiapan seperti makanan akan disalurkan kepada PPS, rumah anak anak yatim, sekolah berasrama serta petugas keselamatan,” katanya dalam sidang media khas di Shah Alam, hari ini.

Sehubungan itu, Amirudin memohon maaf atas segala kesulitan yang terpaksa dilalui kepada pihat yang terbabit.

“Mewakili seluruh warga Kerajaan Negeri, saya memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul susulan pembatalan ini demi menghormati mangsa dan keluarga yang terlibat dengan insiden di Putra Heights.

“Sekalung penghargaan buat seluruh pasukan petugas dan pelaksana majlis yang bertungkus-lumus memastikan majlis ini boleh berjalan sebagaimana matlamat, namun saya sangat menghargai persefahaman bersama demi maslahah yang lebih utama.

“Semoga Allah SWT memberkati segala usaha kita juga dalam bersolidariti membantu mangsa dan semua pihak jua,” katanya.

Related Posts

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

KOTA KINABALU – Program Pencarian Bakat Belia MADANI Sabah (BABSAR) 2026 menjadi platform penting untuk mencungkil dan menggilap bakat seni generasi muda di Borneo. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

DARO – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Cawangan Daro menyantuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi 2026 dengan kerjasama 16 institusi bagi memperkukuh kebajikan golongan memerlukan di daerah ini. Program…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24