Polis buru penembak penjawat awam

KANGAR – Polis Perlis mengerahkan semua elemen bagi memburu suspek yang melepaskan tembakan ke arah dua penjawat awam di persimpangan lampu isyarat berhampiran medan selera Koma Laut, Kuala Perlis, petang semalam.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa berusia awal 40-an memandu kenderaan pelbagai guna jenis Perodua Alza bersama anak saudaranya berusia 30-an yang juga penjawat awam.

“Mangsa dalam perjalanan ke jeti Kuala Perlis untuk menghantar anak saudaranya pulang ke Kuah, Langkawi apabila kenderaan mereka tiba-tiba ditembak.

“Mangsa terdengar bunyi letupan kuat seperti mercun sebelum menyedari cermin kenderaan retak dan membuat pemeriksaan,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis di sini hari ini.

Tambahnya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat lubang kecil pada bingkai pintu hadapan sebelah kanan serta sebutir anak peluru di lantai tempat duduk pemandu.

Menurut Muhammad, siasatan forensik mendapati tembakan dilepaskan dari sudut trajektori tiga darjah pada jarak kira-kira tiga hingga empat meter, dipercayai menggunakan senjata jenis Revolver .38.

Tambah beliau, tembakan dilepaskan dari sebuah kereta Proton Wira yang berselisih dengan kenderaan mangsa sebelum insiden berlaku.

“Tembakan yang dilepaskan hanya satu das dan dipercayai tersasar kerana cermin kenderaan gelap. Peluru menembusi pintu tetapi tidak mengenai mangsa,” katanya.

Katanya, siasatan awal juga mendapati mangsa tidak mempunyai masalah peribadi dengan mana-mana individu dan polis masih menyiasat motif kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Senjata 1960 kerana cubaan membunuh dan pemilikan senjata api tanpa lesen.

Related Posts

Cubaan 34 PATI ceroboh masuk laluan laut gagal

LUMUT – Cubaan 34 pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki negara secara haram melalui laluan laut gagal selepas tindakan pantas Maritim Malaysia dan Pasukan Gerakan Am (PGA) memintas sebuah bot…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat cedera kemalangan bas, treler

MARAN – Empat individu cedera ringan selepas bas dinaiki 19 pelajar dan dua guru sebuah pusat tahfiz terbabit dalam kemalangan dengan treler di Jalan Besar Jengka 18, di sini, petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

Cubaan 34 PATI ceroboh masuk laluan laut gagal

Cubaan 34 PATI ceroboh masuk laluan laut gagal

Jerebu: Sembilan kawasan Sarawak dan Johan Setia catat IPU tidak sihat

Jerebu: Sembilan kawasan Sarawak dan Johan Setia catat IPU tidak sihat

Empat cedera kemalangan bas, treler

Empat cedera kemalangan bas, treler