ADUN Ngemah komited berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira fahaman politik

KANOWIT – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana menegaskan komitmennya untuk terus berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Anyi menegaskan bahawa tugas seorang wakil rakyat adalah untuk membantu semua rakyat, tanpa mengira parti atau ideologi mereka.

Susulan kejadian banjir yang teruk di Kanowit pada bulan lepas, beliau turut mengumumkan inisiatif untuk menyediakan enam hingga tujuh buah perahu untuk memudahkan pemindahan mangsa banjir dan penghantaran bantuan ke kawasan yang terputus hubungan.

Penduduk setempat menyambut baik inisiatif ini sebagai langkah proaktif dalam menghadapi cabaran musim banjir yang semakin meruncing.

Anyi memberikan komitmen itu sempena majlis perasmian tapak perkuburan Nanga Sebiru di Bawan yang turut dihadiri oleh Setiausaha Politik Premier Sarawak, Susan Clement Ingun; wakil agensi kerajaan, penghulu kawasan Ngemah, kaunselor, letua kampung, dan penduduk setempat.

Related Posts

Geran hingga RM15,000 bantu belia Sarawak mulakan perniagaan

KUCHING – Usahawan belia di Sarawak yang berkelayakan kini berpeluang memohon geran permulaan perniagaan sehingga RM15,000 menerusi Program Sarawak Youth StartUp (SYStartUP), selain mendapat akses kepada kemudahan pembiayaan pinjaman mudah berjumlah keseluruhan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAIS sahkan dua individu ditahan bantu siasatan kes khalwat figura awam

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penahanan dua individu bagi membantu siasatan kes khalwat membabitkan seorang figura awam di daerah Petaling, pada Khamis. Pengarah JAIS, Datuk Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Geran hingga RM15,000 bantu belia Sarawak mulakan perniagaan

Geran hingga RM15,000 bantu belia Sarawak mulakan perniagaan

Bahasa Inggeris, AI antara fokus kerjasama pendidikan Malaysia-Singapura

Bahasa Inggeris, AI antara fokus kerjasama pendidikan Malaysia-Singapura

JAIS sahkan dua individu ditahan bantu siasatan kes khalwat figura awam

JAIS sahkan dua individu ditahan bantu siasatan kes khalwat figura awam

Perolehan meragukan, pemalsuan tuntutan tidak boleh disembunyikan – KP JKOM

Perolehan meragukan, pemalsuan tuntutan tidak boleh disembunyikan – KP JKOM

AI pemangkin kreativiti, kecekapan komunikasi JKOM – KP

AI pemangkin kreativiti, kecekapan komunikasi JKOM – KP

IMF unjur ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada 2026

IMF unjur ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada 2026