Pandu berhati-hati ketika pulang kampung halaman, titah Sultan Pahang

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan rakyat agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan berhati-hati ketika memandu pulang ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan Aidilfitri.

Al-Sultan Abdullah turut menyarankan pengguna jalan raya memeriksa keadaan kenderaan terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan selain memandu dengan berhemah dan bersabar ketika berdepan kesesakan lalu lintas.

“Jika berasa letih semasa memandu berhenti rehat dan minum kopi sebagainya, jangan tergopoh-gapah.

“Saya doakan mereka selamat sampai dan berhati-hati ketika di jalan raya,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan mencemar duli berbuka puasa di Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1 (MBK1), di sini, petang semalam.

Turut mencemar duli Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta anakanda baginda berdua.

Baginda turut menzahirkan perasaan dukacita dengan kemalangan maut yang berlaku terutama menjelang Aidilfitri dan berharap selepas projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) serta Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) siap sepenuhnya kelak, risiko kemalangan dan kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok