Seorang maut, tiga cedera kereta terbabas di Telupid

TELUPID – Seorang lelaki berusia 46 tahun maut manakala tiga yang lain cedera dalam kemalangan akibat kenderaan dinaiki jenis Mitsubishi Triton terbabas sendiri di Kampung Buis Kiabau, di sini, pada Jumaat. 

Mangsa cedera melibatkan dua perempuan berusia 45 dan 16 tahun serta seorang lelaki 14 tahun.  

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 9.02 malam.  

“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan Mitsubishi Triton terbabas sendiri. 

“Terdapat empat mangsa terlibat, dua mangsa telah dihantar oleh orang awam ke Hospital Telupid.

“Seorang mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi manakala seorang lagi mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan peralatan khas dan mangsa disahkan meninggal di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. 

Jelasnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut. 

Setelah memastikan tiada bahaya lain wujud operasi ditamatkan pada pukul 11.30 malam.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok