Polis reman dua suspek dipercayai dera anggota tentera hingga maut

DUA anggota Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD) ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes kematian seorang anggota pasukan itu, Prebet Muhammad Muqriz Aseri, 21 tahun.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, kedua-dua prebet yang masing-masing berusia 22 dan 24 tahun itu ditahan di Kem Sri Miri, Sarawak pada jam 4.30 petang semalam.

Katanya, polis mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman kedua-dua suspek selama tujuh hari.

“Kes itu kini sedang dalam siasatan pihak polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh,” katanya.

Alexson meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu.

Allahyarham Muhammad Muqriz disahkan meninggal dunia di Hospital Miri, kelmarin, dipercayai akibat kecederaan dalaman disyaki didera oleh senior.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi, mangsa yang sedang tidur di berek bujang kem berkenaan dikejutkan dua senior untuk bersahur.

Sebelum bersahur, dua senior terbabit mengarahkan mangsa melakukan ‘commando rest’, iaitu posisi pacak kepala di lantai dengan tangan ke belakang selama dua minit dan tekan tubi sebanyak 20 kali.

Mangsa dilaporkan pitam dan dimaklumkan kepada seorang anggota berpangkat koperal yang juga ketua bilik bujang di berek itu.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Miri namun disahkan meninggal dunia pada jam 3.05 pagi.

Related Posts

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah menerima 13 laporan polis setakat tengah hari Khamis susulan ucapan yang didakwa menyentuh agama Kristian pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 baru-baru…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 dikesan berlaku pada jarak kira-kira 88 kilometer (km) utara dari Sandakan, Sabah pada jam 10.30 malam Khamis. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

Anwar bukan mahu raih politik, rakyat perlu tahu ‘pucuk pangkal’ isu Rohingya

Anwar bukan mahu raih politik, rakyat perlu tahu ‘pucuk pangkal’ isu Rohingya

Pengguna tidak lagi gunakan BNPL membeli barangan bernilai tinggi

Pengguna tidak lagi gunakan BNPL membeli barangan bernilai tinggi

Tahanan rumah Najib: ‘Saya tidak pernah tandatangani’ – Hannah Yeoh

Tahanan rumah Najib: ‘Saya tidak pernah tandatangani’ – Hannah Yeoh

UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April