Kerajaan tak beri kuil pampasan untuk pindah – Dr Zaliha

KERAJAAN tidak memberikan sebarang bentuk pampasan kepada Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa juga menegaskan tiada perjanjian atau sebaliknya selain resolusi yang diumumkannya secara rasmi pada Selasa (25 Mac).

“Saya ingin menegaskan bahawa keputusan yang diambil adalah hasil perbincangan yang harmoni dalam kalangan semua pihak yang terlibat dan merupakan situasi menang-menang.

“Paling penting, pembinaan masjid di atas tanah milik persendirian, yang tertangguh sejak 2020, dapat diteruskan seperti yang dirancang, manakala pengurusan kuil telah bersetuju untuk berpindah ke tapak alternatif yang telah dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, Dr Zaliha berkata, situasi ini tidak boleh dianggap sebagai “kes precedent” untuk sebarang keadaan serupa yang timbul pada masa hadapan.

Beliau menyatakan bahawa kes ini adalah penyelesaian khusus kepada isu itu, dikendalikan dengan bijak, mengikut undang-undang, dan mengambil kira sensitiviti pelbagai pihak.

“Saya menggesa semua pihak menghentikan polemik tidak produktif ini. Janganlah kita membangkitkan sentimen agama atau kaum berdasarkan maklumat palsu, kerana ia boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan yang telah kita bina bersama,” katanya.

Selasa lalu, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan kehadirannya pada majlis pecah tanah pembinaan Masjid Madani di atas tanah wakaf milik syarikat tekstil, Jakel Group.

Dalam perkembangan sama, pihak pengurusan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman bersetuju berpindah ke tapak baharu tidak jauh dari lokasi semasa.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok