Pameran artifak Rasulullah kini di Melaka

AYER KEROH – Penganjur Ekspo Perdagangan dan Pelancongan Islam Antarabangsa 2024 (IITTE), GISB Holdings (GISBH) mempelawa orang ramai untuk melihat secara dekat replika berkaitan kehidupan Nabi Muhammad SAW yang diadakan disini.

Sebanyak 20 replika yang di pamerkan menjadi tarikan utama pameran yang bertemakan ‘Menghayati Sejarah Kehidupan Rasulullah Untuk Penghayatan Kehidupan Kini’ dibuka secara percuma kepada pengunjung sehingga Ahad ini.

Ketua pempamer, Zar Nukman Sahrin berkata, pameran berkonsepkan gambaran dan sejarah interaktif itu mampu membuka minda pengunjung untuk menghayati sejarah Nabi Muhammad SAW bermula dari kelahiran, kewafatan dan zaman para sahabat baginda.

Katanya, kesemua replika dipamerkan adalah hasil kerjasama baik antara GISBH dengan pemilik Muzium Dar Al Madinah, Arab Saudi, Dr. Syed Abdulaziz Abdulrahman Kaki.

“Pengunjung berpeluang menyelusuri sejarah dan mengenali keperibadian baginda, sejarah pembentukan Madinah dari dulu hingga sekarang.

Masjid Nabawi yang dijadikan bentuk model di zaman era Rasulullah dilahirkan antara yang menjadi tarikan kepada pengunjung.

“Turut dipamekan artifak al-Quran asli yang berusia ratusan tahun ditulis di atas kulit kambing sebesar dua kaki selembar beserta 38 jilid buku kajian bergambar tentang sejarah Mekah dan Madinah,” katanya.

Tambahnya, pameran itu diharapkan dapat menyuntik kefahaman lebih mendalam terutama dalam kalangan generasi muda dan umat Islam yang merindui kasih sayang yang dicurahkan Baginda buat umatnya.

“Selain itu kita juga bawa replika rumah Rasulullah, suasana di Bani Saad dan peristiwa mengaitkan Halimatun Saadiah pada zaman itu.

“Orang ramai juga diberi peluang menikmati air zam zam dan kurma sukkari yang diberi percuma selepas menamatkan lawatan mereka di pameran ini,” katanya.

Pameran yang terhad kepada 20 individu bagi satu masa dan hanya mempunyai 11 buah bilik pameran sahaja dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam sehingga Ahad ini.

Related Posts

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

KOTA KINABALU – Pendekatan turun padang menerusi Program MADANI Kita yang dilaksanakan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) dalam mendekati masyarakat kini menjadi penanda aras baharu kepada agensi kerajaan lain. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

KUANTAN – Empat lelaki bersenjatakan parang dan membawa objek dipercayai ‘pump gun’ menyamun sebuah kedai emas di Taman Pandan Perdana, di sini, kira-kira 2 petang tadi. Ketua Polis Daerah Kuantan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

  • By Fatin
  • August 21, 2026
Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran