Gelanggang PRK Nenggiri dibuka esok

GUA MUSANG – Proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri akan bermula esok dengan proses penamaan calon akan berlangsung di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang, di sini

Setiap bakal calon diberi tempoh sejam bermula jam 9 hingga 10 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan sebelum senarai mereka yang layak bertanding diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

Sebaik proses pencalonan selesai, calon mempunyai 14 hari tempoh berkempen bagi meraih undi di kawasan DUN itu yang juga antara tiga kerusi dalam Parlimen Gua Musang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 17 Ogos ini, manakala hari mengundi awal yang pada mulanya ditetapkan pada 13 Ogos tidak akan diadakan selepas semua 14 pengundi yang terbabit memilih mengundi secara pos, susulan keperluan untuk mereka bertugas sepanjang tempoh kempen PRK.

Menurut SPR, seramai 20,259 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu yang terdiri daripada 20,245 pengundi biasa dan 14 anggota polis.

Berdasarkan laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca sepanjang proses penamaan dijangkakan cerah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun dalam kenyataan memaklumkan tiga jalan utama di daerah ini akan ditutup sementara, bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah hari bagi melancarkan proses penamaan calon.

Ia membabitkan Jalan Persiaran Raya bermula dari lampu isyarat Persimpangan Mahkota sehingga lampu isyarat Persimpangan Bendahara dari arah Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

Untuk rekod, PRK DUN Nenggiri adalah PRK pertama selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan ke-15.

Ia diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas.

Kerusi DUN Nenggiri sebelum ini disandang Mohd Azizi Abu Naim daripada Bersatu namun keahliannya dalam parti itu telah digugurkan pada 13 Jun lalu.

Setakat ini, Barisan Nasional (BN) menamakan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, 38, sebagai calon mewakili Kerajaan Perpaduan manakala Perikatan Nasional (PN) menamakan bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Mohd Rizwadi Ismail, 41, sebagai calon.

DUN berkenaan dipertandingkan mulai 2004 dan setakat ini telah melalui lima pilihan raya, yang menyaksikan empat daripadanya dimenangi BN, dan kali terakhir dimenangi Mohd Azizi.

Related Posts

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

TUMPAT – Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Wakaf Bharu di sini yang didakwa melibatkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai, dipercayai kerana selisih faham keluarga. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

SHAH ALAM – Sarapan percuma diberikan kepada pelajar di kesemua 873 sekolah di Selangor bagi meringankan perbelanjaan ibu bapa susulan krisis tenaga global. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan