Bersederhana, seimbang & tidak ekstrem selesaikan isu pertikaian kaum, agama – Ismail

PUTRAJAYA – Isu-isu yang melibatkan pertikaian antara kaum atau agama perlulah diselesaikan dengan mencari jalan tengah atau pendekatan yang lebih sentrik dan bersifat wasatiyyah iaitu bersederhana, seimbang dan tidak ekstrem, kata Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, tiada agama yang mengajar untuk berpecah-belah dan berbalah antara manusia di mana kita perlu menerima, menghargai dan menghormati manusia tanpa mengira bangsa, bahasa, agama dan budayanya.

Menurutnya, hidup dalam masyarakat majmuk, sifat toleransi wajib disemat dalam diri setiap rakyat iaitu dengan menjadikan Perlembagaan sebagai satu bingkai kesatuan bangsa yang didukung oleh prinsip-prinsip Rukun Negara.

“Negara kita ini dibina dengan asas perpaduan kaum dan sifat toleransi yang tinggi. Jika ini tidak diamalkan, negara kita mungkin tidak akan mencapai kemerdekaan hingga hari ini, kita mungkin masih dijajah.

“Jangan lupa usaha mereka yang terdahulu bersusah payah untuk membebaskan tanah air tercinta ini daripada terus dijajah. Jangan biarkan usaha mereka ini sia-sia. Semangat toleransi adalah sebab kita boleh mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

“Justeru itu, perbezaan pandangan bagi saya bukanlah tiket untuk kita berbalah antara satu sama lain tapi kita perlu menghadapinya dengan positif dengan penuh beradab dan menjaga sensitiviti kaum dan agama serta amalan kehidupan dalam masyarakat masing-masing,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, sebagai rakyat yang hidup dalam negara yang mempunyai kepelbagaian budaya, agama dan kepercayaan, kita sewajarnya mempunyai sifat toleransi yang tinggi antara sesama kaum jika ingin hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.

“Saya nak mengingatkan walaupun kita sudah merdeka lebih 67 tahun tetapi masalah kesefahaman antara kaum ini dilihat masih lagi timbul dan menjadi cabaran kepada kita lebih-lebih lagi dalam kehidupan pasca normal ini.

“Sifat hormat merupakan elemen yang sangat penting dalam kehidupan kita, hidup dalam masyarakat majmuk ini sifat toleransi wajib disematkan dalam diri setiap warga Malaysia.

“Kita kena jadikan perlembagaan itu sebagai satu bingkai yang membentuk kesatuan bangsa dan didukung oleh prinsip-prinsip rukun negara dan kini diperkemaskan dengan rukun MADANI di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” ujarnya.

Ismail turut menyeru dan mengingatkan bahawa perpaduan bukan satu pilihan tetapi satu kemestian.

“Perpaduan adalah satu kemestian untuk kita bersama-sama hidup dengan harmoni dan membangunkan negara bangsa bagi meneruskan hasrat dan cita-cita kita untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang menjadi tempat paling memberikan kesejahteraan dan keharmonian untuk warga dan rakyat di negara ini,” tambahnya.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China