Koperasi disaran main peranan bangunkan potensi kampung sebagai tarikan pelancong

KOTA KINABALU – Koperasi disaran memainkan peranan penting dalam membangunkan potensi kampung sebagai destinasi pelancongan, selaras dengan persiapan menuju Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, koperasi-koperasi pelancongan digalakkan agar melipatgandakan usaha mempromosikan produk pelancongan di kawasan masing-masing.

“Tahun depan adalah Tahun Melawat Malaysia. Ini peluang terbaik kepada semua koperasi terlibat dalam sektor pelancongan untuk terus berkembang seiring dengan pengusaha pelancongan lain di negara ini.

“Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), bersedia membantu koperasi-koperasi pelancongan agar mampu menyediakan perkhidmatan setanding dengan syarikat dan usahawan pelancongan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Koperasi Desa Cinta Kobuni Berhad (KOBUNI) dan Majlis Ramah Mesra Bersama Komuniti dan Ahli-Ahli Koperasi Kawasan Inanam, di Dewan Pisompuruan Kg. Kobuni, di sini, pada Khamis.

Koperasi Desa Cinta Kobuni Berhad didaftarkan pada tahun 2018 dan menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan termasuk pelancongan, inap desa dan pendakian yang turut memberi peluang pekerjaan kepada anggota dan penduduk kampung.

Pada Januari lalu, Homestay Desa Cinta Kobuni yang diusahakan oleh koperasi itu menerima Anugerah Asean Homestay Standard Awards.

Menurut Ewon, beliau berbangga kerana walaupun koperasi itu berskala kecil, mereka berjaya menguruskan perniagaan pelancongan dan inap desa dengan cemerlang sehingga menerima pengiktirafan di peringkat Asean.

“Saya berharap kejayaan koperasi ini akan menjadi inspirasi dan motivasi kepada koperasi-koperasi lain untuk turut membangunkan potensi pelancongan desa dan memperkukuhkan ekonomi komuniti setempat.

“Dalam kunjungan ini, saya juga diberi taklimat mengenai wawasan koperasi serta rancangan perniagaan pada masa hadapan. Saya meminta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMA) membimbing koperasi ini ke arah mencapai wawasan tersebut,” jelasnya.

Sehubungan itu, Ewon menggalakkan Koperasi Desa Cinta Kobuni menggunakan sepenuhnya media sosial bagi mempromosikan keindahan dan produk-produk pelancongan di kampung tersebut.

“Walaupun Kg Kobuni, Inanam sudah lama dikenali ramai pengunjung dari dalam dan luar negara kerana keindahan alam semula jadi dan kebersihannya, namun usaha berterusan perlu dilipat gandakan bagi menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke sini,” kata beliau.

Sementara itu, bagi menyokong wawasan koperasi berkenaan, Ewon turut meluluskan peruntukan RM30,000 untuk menaik taraf bangunan balai raya yang digunakan oleh koperasi dan RM20,000 lagi kepada Komuniti Rukun Tetangga (KRT) kampung tersebut bagi melaksanakan aktiviti- aktiviti perpaduan rakyat.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok