Pink Ribbon digalakkan perluas program kesedaran kanser payudara

KOTA KINABALU – Persatuan Sokongan Kanser Payudara Kinabalu, Sabah (Sabah Kinabalu Pink Ribbon) digalakkan untuk memperbanyakkan aktiviti dan program kesedaran bagi meningkatkan pemahaman masyarakat tentang kepentingan kesihatan wanita.

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag, berkata selain program kesedaran, Pink Ribbon turut memainkan peranan penting dalam memberikan sokongan kepada pesakit kanser payudara dan keluarga mereka.

“Selain Kinabalu Pink Ribbon, saya berharap persatuan sokongan kanser payu dara di daerah lain turut menggerakkan program turun padang bagi mendekati masyarakat akar umbi dan meningkatkan kesedaran mereka tentang penyakit ini.

“Saringan dan rawatan awal sangat penting dalam menyelamatkan nyawa, namun kesedaran mengenainya masih kurang,” katanya ketika menerima kunjungan hormat daripada Sabah Kinabalu Pink Ribbon di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, pada Khamis.

Kunjungan itu diketuai oleh Presiden Sabah Kinabalu Pink Ribbon, Christy Fe Salazar, yang turut memberikan taklimat kepada Juliah mengenai aktiviti tahunan persatuan tersebut.

Menurut Juliah, pengesanan awal adalah sebahagian daripada penjagaan diri yang penting dan penganjuran program kesedaran diharap dapat meningkatkan keprihatinan masyarakat terhadap kepentingan pemeriksaan awal.

Beliau juga menyambut baik inisiatif Sabah Kinabalu Pink Ribbon dalam menganjurkan ‘13th Mother’s Day Walk Abreast 2025’ yang akan diadakan pada 4 Mei depan di Taman Awam Teluk Likas, Kota Kinabalu.

“Sokongan masyarakat amat penting untuk menjayakan Walk Abreast 2025, selain membantu mengumpul dana bagi pembelian peralatan dan rawatan yang diperlukan oleh pesakit kanser payudara,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Juliah turut menerima kunjungan hormat daripada Biro Pembangunan Ekonomi dan Usahawanita Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (PRESBAH) yang diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Paduka Rehan Rahim serta Persatuan Sayangi Kanak-kanak Sabah (PSKS) yang diketuai oleh Pengerusinya, Dr. Habibie Ibrahim.

PSKS turut menyampaikan surat lantikan kepada Juliah sebagai penaung persatuan itu.

Related Posts

Pasaran gelap e-rokok jadi ancaman tersembunyi belia Sarawak

KUCHING – Ancaman pasaran gelap di Sarawak kini tidak lagi terhad kepada rokok tradisional, malah penyeludupan dan penjualan e-rokok atau vape haram muncul sebagai krisis baharu yang amat membimbangkan.  Perkara ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan polis fitnah bantuan bakul makanan diteruskan – Wan Rosdy

LIPIS – Kerajaan negeri akan meneruskan laporan polis terhadap seorang individu yang didakwa menyebarkan fitnah berkaitan program bantuan Bakti Negeri Pahang (BN Pahang), termasuk tuduhan peruntukan RM15,000 seminggu kepada penyelaras…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pasaran gelap e-rokok jadi ancaman tersembunyi belia Sarawak

Pasaran gelap e-rokok jadi ancaman tersembunyi belia Sarawak

Malaysia, Brunei tegaskan komitmen perkukuh hubungan dua hala

Malaysia, Brunei tegaskan komitmen perkukuh hubungan dua hala

Laporan polis fitnah bantuan bakul makanan diteruskan – Wan Rosdy

Laporan polis fitnah bantuan bakul makanan diteruskan – Wan Rosdy

Pelantikan Abdul Halim perkukuh SPRM, pacu agenda integriti negara

Pelantikan Abdul Halim perkukuh SPRM, pacu agenda integriti negara

Penguatkuasaan Akta 872 perlu diperkasa demi lindungi kebajikan pekerja gig

Penguatkuasaan Akta 872 perlu diperkasa demi lindungi kebajikan pekerja gig

Ekonomi domestik perlu diperkasa hadapi ketidaktentuan global

Ekonomi domestik perlu diperkasa hadapi ketidaktentuan global