Kapal kargo seludup minyak ditahan, rampasan cecah RM7.1 juta

KOTA KINABALU – Sebuah kapal kargo berjaya ditahan dalam kegiatan penyeludupan minyak dengan nilai rampasan keseluruhan mencecah RM7.1 juta di Jeti QL Sepanggar, di sini pada Ahad lalu.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Polis (ACP) Mohd Nazri Ibrahim berkata, kapal kargo yang disyaki terlibat dalam pemindahan minyak secara tidak sah itu ditahan dalam satu operasi khas iaitu Op Taring Gelora Khas kira-kira pukul 11.30 malam.

“Bertindak atas maklumat risikan, Unit Risikan Marin bersama bot ronda RH51 menahan kapal kargo Albatross 2 untuk pemeriksaan lanjut dan mendapati empat anak kapal berada dalam kapal tersebut semasa operasi.

“Berdasarkan siasatan awal dan pengakuan lisan anak kapal tersebut didedahkan bahawa pemindahan minyak dari kapal itu adalah dianggarkan sebanyak 39,780 liter.

“Pemeriksaan turut mendapati Orang Yang Disyaki (OYDS) gagal menunjukkan sebarang dokumen yang sah dari pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu, menurut Nazri kesemua OYDS ditangkap berserta sebuah kapal kargo tersebut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Tambahnya, pihak polis sentiasa komited dalam membanteras aktiviti penyeludupan dan meminta orang awam untuk terus menyalurkan maklumat bagi membendung jenayah daripada berleluasa.

Related Posts

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

KUCHING – Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) berjaya menumpaskan sindiket pemprosesan sarang burung walit haram di Sarawak dengan nilai rampasan mencecah RM81.8 juta. Pengarahnya, CP Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

  • By Aden
  • July 6, 2026
Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

PRN Johor dilihat laluan BN mahu kembali berkuasa

PRN Johor dilihat laluan BN mahu kembali berkuasa