7 KRT baharu Sri Aman ditubuhkan, bantu jana ekonomi komuniti – Aaron Ago

SRI AMAN – Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi  Nasional (JPNIN) mengadakan Majlis Pelancaran Kawasan Rukun Tertangga (KRT) Baharu Bahagian Sri Aman. 

Majlis dirasmikan oleh Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang, yang bertempat di Dewan Dr Johnical Rayong  Skrang Engkilili. 

“Sebanyak 8529 KRT ditubuhkan di seluruh negara,1092 KRT secara keseluruhan di negeri Sarawak dan 7 KRT baharu yang ditubuhkan di Lubok Antu Bahagian Sri Aman seperti KRT Skim Skrang, KRT Skrang Ili, KRT Batang Ai Ili, KRT Batang Ai Tengah, KRT Marop Cina, KRT Klassen, dan KRT Undop Tengah,” jelas beliau ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran KRT Bahagian Sri Aman pada Jumaat.

Tambah beliau, sebanyak 14 KRT berjaya dijadikan KRT Progresif di negeri Sarawak dan sebanyak RM1.6 juta telah disalurkan untuk menjalankan projek ekonomi komuniti dan lain-lain.

Aaron menjelaskan pemerkasaan Rukun Tetangga yang diperkenalkan tahun lalu adalah inisiatif penting kerana projek ekonomi yang dibangunkan mampu menjana pendapatan komuniti sekali gus membantu meningkatkan pendapatan isi rumah.

“Projek ekonomi KRT Progresif melalui tiga sektor utama iaitu pertanian, produk makanan, dan perkhidmatan,” ujarnya.

Beliau menyeru agar semua Pengarah Perpaduan Negeri mengambil langkah dan tindak proaktif, berkerjasama dengan pelbagai pihak untuk mengaktifkan KRT.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnical Rayong Nyipa; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPNIN, Zulkifli Hashim; Pengarah Perpaduan Negeri Sarawak, Diwarna Azool; Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh; Pegawai Daerah Lubok Antu, Akoi Ejau dan KMKK Bahagian Sri Aman.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak