Program Sungkey Sama CATS bawa kegembiraan anak yatim

KUCHING – Stesen radio tempatan Sarawak, CATS FM menganjurkan Program Sungkey Sama CATS yang berlangsung pada Jumaat.

Antara tujuan penganjuran program ini ialah mengeratkan ukhuwah dalam komuniti dalam menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Menurut Pengurus CATS FM, Mohamad Fadzli Daud, program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan dalam komuniti tetapi membawa kegembiraan kepada anak-anak yatim.

“Melalui program ini, kita juga menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan terutama anak-anak yatim,” ujar Fadzli.

Tambah Fadzli, acara tahunan ini turtu menampilkan berbagai-bagai aktiviti menarik seperti Tazkriah Ramadan oleh Ustaz Azmi, Persembahan Nyanyian daripada Adi Mentor, Mia Manja dan Fir Affandi serta pemberian duit raya kepada anak-anak yatim.

Melalui program ini, pihak CATS dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP