JAKIM semak semula prosedur sijil halal luar negara

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang menyemak semula prosedur pengiktirafan badan pensijilan halal luar negara (FHCB) bagi memastikan ianya kekal relevan dan selaras perkembangan halal global.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata setakat ini, sebanyak 85 badan pensijilan halal luar negara membabitkan 47 negara aktif memberi pensijilan halal produk import diiktiraf JAKIM, selaras keperluan Perintah 5, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

“JAKIM turut menjalankan audit dan pemeriksaan berkala terhadap badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf bagi memastikan standard halal Malaysia terus dipatuhi.

“Ia meliputi audit dokumentasi, lawatan ke premis pengeluar serta pemantauan berterusan terhadap pensijilan produk halal luar negara.

“Produk dikenal pasti diimport ke Malaysia adalah terdiri daripada produk makanan, barang gunaan dan produk kosmetik. Antara produk makanan adalah seperti produk makanan dalam tin, gula-gula dan produk tenusu.

“Selain itu, terdapat juga produk barangan gunaan seperti penapis air dan catridge (penapis air) dan produk kosmetik seperti ubat gigi dan kosmetik,” katanya pada sesi lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) mengenai langkah kerajaan memastikan logo halal dari luar negara memenuhi piawaian seumpama JAKIM dan rancangan memperketatkan prosedur pengiktirafan halal antarabangsa.

Mohd Na’im berkata, JAKIM kini juga dalam proses akhir membangunkan sistem permohonan pengiktirafan bagi FHCB secara atas talian, MyIHAB, yang akan dapat membantu meningkatkan kecekapan dan integriti dalam menguruskan proses permohonan FHCB.

Related Posts

Hari Wartawan Nasional: Fadillah hargai peranan media pupuk perpaduan

KUCHING – Peranan pengamal media di negara ini terus diiktiraf sebagai komponen penting, khususnya dalam usaha memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Timbalan Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TVET kini jadi pilihan utama, bukan lagi pilihan kedua

KUALA LUMPUR – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan lagi dianggap pilihan kedua, sebaliknya semakin menjadi pilihan utama dalam kalangan generasi muda susulan peningkatan enrolmen serta kadar kebolehpasaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ewon alu-alukan komitmen PM laksana hak 40% Sabah, bayaran interim naik kepada RM1.5 bilion

Ewon alu-alukan komitmen PM laksana hak 40% Sabah, bayaran interim naik kepada RM1.5 bilion

Dobi Kasih Rahmah Kulai mudahkan kehidupan penduduk kampung

Dobi Kasih Rahmah Kulai mudahkan kehidupan penduduk kampung

Polis ambil keterangan MB Perlis, rampas ‘shotgun’, 9 peluru ‘buckshot’

Polis ambil keterangan MB Perlis, rampas ‘shotgun’, 9 peluru ‘buckshot’

Bayaran interim Sabah meningkat kepada RM1.5 bilion, perkukuh ruang fiskal negeri

Bayaran interim Sabah meningkat kepada RM1.5 bilion, perkukuh ruang fiskal negeri

Perlis muncul pintu gerbang perdagangan baharu ASEAN

Perlis muncul pintu gerbang perdagangan baharu ASEAN

Harga tembaga tinggi punca kecurian – Anthony

Harga tembaga tinggi punca kecurian – Anthony