Guna MyKad orang lain, lelaki warga asing dicekup polis

TAWAU – Padah menggunakan kad pengenalan (MyKad) orang lain sebagai pengenalan diri, seorang warga asing berjaya dicekup polis di sekitar kawasan Batu 5, Jalan Apas, di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, lelaki berumur 20-an itu ditahan sepasukan anggota polis dari Strike Team, Balai Polis Tawau ketika menjalankan rondaan cegah jenayah kira-kira pukul 2.45 petang.

“Suspek dikesan mencurigakan dan semasa pemeriksaan dibuat, suspek  menyerahkan sekeping dokumen pengenalan diri (MyKad) yang bukan miliknya.

“Suspek mengaku MyKad itu digunakan sebagai dokumen pengenalan diri bagi mengelak daripada dikesan sebagai warga asing,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.

Menurut Jasmin, semakan melalui sistem Integrated Police Reporting System (IPRS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati MyKad yang digunakan suspek telah dilaporkan hilang di daerah Kota Kinabalu.

“Suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Peraturan 25(1)(o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang cuba menggunakan dokumen palsu atau milik orang lain untuk tujuan yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Related Posts

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

ALOR SETAR – Lelaki yang ditahan kerana disyaki memukul isterinya sehingga keguguran di Sungai Petani didapati mempunyai empat rekod jenayah termasuk kes mencederakan beberapa isteri lain serta teman wanitanya. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

KANGAR – Timbalan Ketua Angkatan Muda Harapan (AMH) Perlis, Azzin Izzad Bahanudin memangku jawatan Ketua AMH negeri itu berkuat kuasa serta-merta susulan peletakan jawatan Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad. Peletakan jawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI