Siar video hina masyarakat Hindu, ERA FM tidak sensitif perlekeh agama lain – Saravanan

PUTRAJAYA – Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan mengecam tindakan tidak bertanggungjawab kakitangan radio terkenal, ERA FM yang didakwa memperlekehkan agama Hindu menerusi satu video sehingga tular di media sosial.

Beliau menegaskan, perbuatan itu bukan sekadar tidak berakal, malah satu penghinaan terang-terangan terhadap agama dan tradisi penganut Hindu di Malaysia.

Ahli Parlimen Tapah itu menegaskan, insiden seperti itu boleh menggugat keharmonian negara yang dibina atas prinsip saling menghormati antara kaum dan agama.

“ERA FM sebagai organisasi media sepatutnya lebih peka dan tidak membiarkan kandungan yang menghina seperti ini diterbitkan. Kakitangan mereka jelas tidak layak berada dalam industri media jika tidak memahami sensitiviti agama dan budaya.

“Apabila sebuah stesen media arus perdana membiarkan tindakan sebegini berlaku, ia mencetuskan perpecahan dan menjejaskan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Ini bukan perkara remeh, tetapi satu isu serius yang tidak boleh dipandang ringan,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Sehubungan itu, Saravanan menggesa kerajaan mengambil tindakan segera dan tegas terhadap ERA FM atas kelakuan yang disifatkan sebagai biadab itu.

“Sekurang-kurangnya, ERA FM perlu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada masyarakat Hindu, dan individu yang bertanggungjawab perlu dikenakan tindakan sewajarnya.

“Kita juga mendesak Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil untuk mengambil tindakan terhadap stesen radio ini kerana jika perkara ini dibiarkan, ia akan menjadi satu duluan bahaya kepada media lain di masa hadapan,” katanya.

Terdahulu, tular video memaparkan seorang penyampai radio menerusi segmen 3 Pagi ERA yang meniru tarian kavadi sambil melaungkan ‘Vel Vel’ secara tidak sopan, sekali gus mencemarkan kesucian kepercayaan masyarakat Hindu di Malaysia.

Perbuatan itu bukan sahaja mencetuskan kemarahan dalam kalangan masyarakat beragama Hindu, namun pelbagai bangsa dan agama mengecam tindakan dilakukan oleh penyampai radio tersebut yang disifatkan sudah melampaui batas.

Bagaimanapun, penyampai pagi di ERA yang terdiri daripada Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin telah membuat permohonan maaf secara terbuka pagi ini di atas kekhilafan serta keterlanjuran sehingga mengguris masyarakat beragama Hindu.

Pasangan trio tersebut memberi jaminan agar perbuatan serta tindakan melampaui batas seperti itu tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James