Melaka keluar garis panduan baharu buat penceramah

MELAKA – Penceramah agama tempatan atau jemputan perlu mendapatkan kebenaran Jabatan Mufti dan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri Melaka terlebih dahulu sebelum dibenarkan berceramah ke negeri ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, Datuk Rahmad Mariman berkata, garis panduan baharu itu dibuat agar pihaknya tidak lagi menerima aduan kecil berhubung penceramah yang tiada pentauliahan seperti yang berlaku di beberapa surau sebelum ini.

Tegas Rahmad, pihak berwajib juga akan mengambil tindakan tegas terhadap penceramah dan juga penganjur yang terlibat jika melanggar garis panduan baharu itu.

“Ada surau yang kita terlepas pandang tetapi apabila kita mendapat tahu mereka melanggar peraturan yang ditetapkan, kita segera ambil tindakan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penutupan Program Wacana Hadis Sempena Maal Hijrah Peringkat Negeri Melaka di Jalan Hang Tuah dekat sini semalam.

Related Posts

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

KRIAN – Penduduk luar bandar di kawasan Nanga Atoi, Awik kini boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati kemudahan perubatan yang lebih baik susulan siapnya projek pembinaan Klinik Kesihatan Nanga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

LIMBANG – Pengguna jalan raya yang melalui Jalan RPR Batu Biah (RAP 62N) dimaklumkan akan berlaku lencongan jalan sementara bermula 2 hingga 4 Mei ini. Menurut notis yang dikeluarkan, penutupan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China