MyDigital ID Penjawat Awam: Akses mudah, selamat ke sistem kerajaan

BAYANGKAN boleh mengakses semua sistem kerajaan dengan satu akaun sahaja — tanpa perlu mengingati banyak kata laluan atau log masuk berulang kali. Itulah kemudahan yang ditawarkan oleh MyDigital ID Penjawat Awam, satu inisiatif baharu untuk menjadikan akses perkhidmatan kerajaan lebih mudah, pantas, dan selamat. Dengan identiti digital yang bersepadu, penjawat awam kini boleh mengurus urusan kerja dalam talian dengan lebih lancar. Nak tahu bagaimana ia berfungsi dan cara mendaftar? Jom kita selami lebih lanjut!

Apa itu MyDigital ID?

MyDigital ID ialah satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta, untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian.

Pada 21 November 2023 yang lalu, PM Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan RM80 juta kepada MIMOS Berhad untuk menyegerakan pelaksanaan MyDigital ID dan memperkasakan transformasi digital serta membangunkan inisiatif digital, khususnya melibatkan urusan dengan kerajaan.

MyDigital ID ialah satu inisiatif kerajaan bagi pengesahan identiti yang selamat dan sah untuk pengguna dalam talian.

Laman web rasmi MyDigital ID boleh diakses melalui alamat https://www.digital-id.my/

Sistem MyDigital ID telah dibangunkan oleh MIMOS sejak 2016 dan mempunyai 32 Paten.

Kelebihan & Fungsi Single Sign-On

MyDigital ID mempunyai pelbagai kelebihan seperiti berikut:

  • Selamat – MyDigital ID hanya mengenal pasti identiti pengguna dan tidak menyimpan sebarang data peribadi.
  • Mudah – Dengan MyDigital ID, tiada keperluan log masuk berbilang untuk pelbagai urusan dalam talian.
  • Pantas – Hanya beberapa saat diperlukan untuk mengesahkan identiti individu.
  • Pintar – MyDigital ID mengurangkan risiko penipuan dengan mengesahkan identiti tanpa melibatkan perkongsian dokumen.
  • Tepat – MyDigital ID memperoleh rujukan dan maklumat terkait daripada pangkalan data Kerajaan.
  • Utuh – MyDigital ID adalah sistem tersulit dilengkapi lapisan keselamatan yang teguh dan sukar digodam.
  • Unik – Seorang individu, satu identiti digital untuk mengakses pelbagai perkhidmatan dalam talian.
  • Dipercayai – MyDigital ID adalah inisiatif yang dilaksana, disokong dan diiktiraf Kerajaan

Melalui penggunaan MyDigital ID, penjawat awam boleh menggunakan fungsi Single Sign-On sebagai kaedah log masuk tunggal untuk log masuk semua perkhidmatan dalam talian tanpa memerlukan nama pengguna dan kata laluan selain MyDigital ID.

Pendaftaran secara dalam talian

aplikasi mydigital ID

Pada awal pengenalan MyDigital ID, proses pendaftaran hanya boleh dilakukan secara manual menggunakan peranti atau kiosk MIMOS.

Ketika fasa awal ini, hanya 45,000 penjawat awam yang telah mendaftar MyDigital ID dan jumlah ini telah meningkat secara mendadak setelah kerajaan memperkenalkan proses pendaftaran secara dalam talian.

Penjawat awam dan orang ramai perlu memuat turun aplikasi MyDigital ID melalui PlayStore atau Apple Store bagi melakukan proses pendaftaran tersebut.

AppGallery (Bagi pengguna Huawei)

Google Play (Bagi pengguna Android)

App Store (Bagi penngguna iOS)

Panduan Mendaftar

Dalam Talian

Sebagai langkah persediaan, sediakan MyKad serta muat turun dan pasangkan aplikasi MyDigital ID di telefon pintar anda.

  1. Pendaftaran Dalam Talian
    Klik ‘Daftar Online’ di aplikasi MyDigital ID, masukkan emel anda, masukkan OTP, dan isi nama serta nombor kad pengenalan anda.
  2. Sahkan Identiti Anda
    Ambil gambar MyKad (depan dan belakang), dan lengkapkan imbasan wajah.
  3. Tetapkan Kata Laluan
    Cipta kata laluan minimum 8 aksara dan sahkan kata laluan tersebut.
  4. Pendaftaran Berjaya
    Identiti digital anda kini disimpan dengan selamat dalam aplikasi MyDigital ID.

Kios Fizikal

Sebagai langkah persediaan, sediakan MyKad serta muat turun dan pasangkan aplikasi MyDigital ID di telefon pintar anda.

  1. Masukkan MyKad
    Masukkan MyKad anda ke dalam peranti, letakkan ibu jari di pengimbas, dan jangan alihkan sehingga imbasan selesai.
  2. Sahkan Maklumat
    Pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat.
  3. Imbas Kod QR
    Buka aplikasi MyDigital ID dan imbas kod QR yang terpapar di peranti.
  4. Tetapkan Kata Laluan
    Cipta kata laluan minimum 8 aksara dan sahkan kata laluan tersebut.
  5. Pendaftaran Berjaya
    Identiti digital anda kini disimpan dengan selamat dalam aplikasi MyDigital ID.

Cara daftar myHRMIS Mobile Untuk Penjawat Awam

Untuk penjawat awam yang sudah sedia ada menggunakan aplikasi MyHRMIS Mobile, anda perlu menggunakan Mydigital ID untuk log masuk aplikasi MyHRMIS Mobile.

Pengguna kali pertama aplikasi MyHRMIS Mobile walaubagaimanapun masih boleh log in guna nombor kad pengenalan dan password.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar MyHRMIS Mobile bagi penjawat awam:

daftar myhrmis mobile
  1. Buka app Mydigital ID.
  2. Pada bahagian menu di sebelah kiri, pilih ‘Penjawat Awam’ bukan ‘Daftar Online’.
  3. Masukkan email rasmi.
  4. Tunggu 6 nombor OTP dari emel untuk teruskan ke langkah seterusnya eKYC.
  5. Isi bahagian nama, nombor IC, ambil gambar gambar IC depan & belakang dan akhir sekali snap gambar selfie.
  6. Selepas itu, tunggu eKYC untuk pengesahan nama & IC anda.
  7. Jika tidak berjaya, anda perlu snap semula gambar IC & selfie.

Kredit kepada Mohammad Khairul Azhan atas tutorial dan panduan untuk penjawat awam ini.

Kontroversi Keselamatan MyDigital ID

Pengenalan MyDigital ID juga telah menimbulkan pelbagai pertanyaan tentang tahap keselamatannya daripada orang ramai.

MIMOS menyatakan bahawa sistem MyDigital ID tidak menyimpan sebarang data biometrik seperti cap jari, maklumat mata atau pengecaman muka dan tidak menggunakan sebarang cip atau implan.

Agensi itu memaklumkan MyDigital ID juga tidak mengumpul, memantau atau menyimpan pangkalan data peribadi atau aktiviti pengguna dalam talian, selain tidak mendedahkan data peribadi secara terbuka dan ia juga tidak membolehkan pengguna memiliki lebih daripada satu identiti digital.

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perlaksanaan dan penggunaan MyDigital ID, sila hubungi pegawai yang bertugas melalui emel atau talian hotline berikut:

  • Emel: info@digital-id.my
  • Tel: +603 8687 2772

Related Posts

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) gagal mendapatkan perintah penangguhan sementara terhadap notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu sehingga permohonan semakan kehakiman didengar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas pemain bola sepak dituduh edar 72kg ganja

ALOR SETAR – Seorang bekas pemain bola sepak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar 72 kilogram (kg) dadah jenis kanabis, bulan lalu. Tertuduh, Muhammad Faiz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Bekas pemain bola sepak dituduh edar 72kg ganja

Bekas pemain bola sepak dituduh edar 72kg ganja