Selang satu rumah ada bonggol, macam ambil ujian memandu

MELAKA – Fungsi bonggol pada jalan raya adalah untuk mengurangkan kelajuan kenderaan yang melalui sesuatu kawasan bagi tujuan keselamatan.

Bagaimanapun, satu kawasan perumahan di Sungai Udang telah mencuri perhatian apabila setiap selang satu rumah mempunyai bonggol yang kurang 100 meter antara satu bonggol jalan dengan bonggol yang lain.

Namun, lain pula jadinya apabila jarak di antara bonggol tersebut dilihat seperti tidak sampai 50 meter yang boleh mengakibatkan kerosakan kepada kenderaan selain menyukarkan pengguna jalan raya.

Ia seolah-olah dibina khas untuk setiap rumah di sepanjang laluan tersebut berikutan terdapat sekolah berhampiran kawasan perumahan itu.

Umum mengetahui jalan sekitar kawasan perumahan adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan jalan raya besar atau lebuh raya, namun begitu kemalangan sering berlaku di kawasan tersebut yang telah mengorbankan nyawa kanak-kanak berusia tiga tahun sebelum ini akibat dirempuh pacuan empat roda dengan laju ketika sedang bermain skuter. Dakwa penduduk taman perumahan itu.

Akibat perlanggaran tersebut, mangsa terperosok ke bawah kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Antara insiatif yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa bagi mencegah perkara sama daripada berlaku adalah dengan meletakkan bonggol agar pengguna jalan raya akan memperlahankan kenderaan mereka.

Terdapat keluhan segelintir rakyat Melaka ini yang menyatakan bonggol dan lampu isyarat terlalu banyak di negeri ini.

Ini kerana, seseorang akan hilang kesabaran dan pertimbangan jika melalui kawasan berkenaan.

Untuk pengetahuan umum, garis panduan dan kaedah pelaksanaan bonggol jalan yang ditetapkan antara dua bonggol adalah minimum 100 meter.

Related Posts

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

KANGAR – Penemuan kedua tulang dipercayai rangka manusia dalam tempoh kira-kira dua minggu di Behor Mali di sini mencetuskan persoalan netizen apabila lokasi baharu itu hanya kira-kira 200 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

GEORGE TOWN – Audit struktur secara sistematik dan pemeriksaan berkala terhadap bangunan warisan di negeri ini perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan awam terutama membabitkan premis berusia puluhan hingga ratusan tahun.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak