Che Ta masih berhutang lebih RM400,000 dengan MARA

PUTRAJAYA – Majlis Amanah Rakyat (MARA) mendedahkan pelakon terkenal, Rozita Che Wan atau lebih dikenali ‘Che Ta’ masih belum melunaskan baki hutang tertunggaknya dengan agensi itu berjumlah RM443,392.

Susulan itu, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menafikan dakwaan pelakon itu kononnya semua hutang pinjaman perniagaan diterimanya daripada MARA berjumlah hampir RM1 juta sudah dibayar sepenuhnya.

Beliau berkata, setakat 18 Februari lalu, Rozita membayar hutangnya berjumlah RM689,307.59 dengan kira-kira RM150,000 bayaran secara tunai di pejabat MARA, manakala selebihnya secara transaksi secara dalam talian menerusi akaun.

Katanya, bayaran itu dibuat pelakon terbabit bagi menangguhkan tindakan pelaksanaan penghakiman diambil MARA untuk mahkamah melelong hartanya yang kemudian boleh menyebabkan kebankrapan.

Bagaimanapun, Asyraf Wajdi berkata, MARA memberi tempoh akhir bayaran itu perlu dijelaskan sepenuhnya sebelum akhir bulan ini dan tindakan tegas terhadap Rozita diambil agensi itu sama seperti dikenakan kepada peminjam lain.

“Rozita belum bayar habis hutangnya dengan MARA dengan baki tertunggak berjumlah RM689,307.59 yang perlu dilunaskan sepenuhnya sebelum 31 Mac ini.

“Jadi, dakwaan kononnya pelakon itu sudah melangsaikan semua hutangnya dengan MARA adalah tidak benar.

“Jika dikira, baki hutang Rozita itu jika dibayar boleh menampung hampir 50 pelajar yang belajar di Kolej Poly-Tech MARA.

“Saya tegas dan tidak berkompromi dengan sesiapa juga yang berhutang dengan MARA termasuk artis atau golongan ternama supaya membayar balik pinjaman mereka kerana ia duit rakyat yang boleh digunakan bagi membantu pelajar dan usahawan lain yang memerlukan,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Rozita dua minggu lalu yang memaklumkan sudah menjelaskan semua hutang tertunggaknya dengan MARA.

Pada 10 Disember tahun lalu, kediaman Rozita di Kota Damansara, Petaling Jaya diserbu pegawai MARA bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta yang dibuatnya pada 2017.

Related Posts

Wali Band teruja lagu masih ‘hidup’ dalam kalangan Gen Z

KOTA KINABALU – Kumpulan popular Indonesia, Wali Band tidak menyangka lagu-lagu mereka masih mendapat tempat di hati peminat-peminatnya di negeri ini apabila lebih 3,000 peminat mereka membanjiri Sabah International Convention…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konsert penghormatan ke-31 Teresa Teng bakal hangatkan Kuching, pacu ekonomi kreatif Sarawak

KUCHING – Penganjuran Konsert Penghormatan Peringatan ke-31 mendiang Teresa Teng yang dijadualkan pada 24 dan 25 Julai 2026 dijangka bukan sahaja mengubat rindu peminat, malah bakal menjadi pemangkin kepada sektor…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000