LUNDU – Gunung Pueh kini selangkah lebih dekat untuk mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Rizab Biosfera UNESCO pertama di Sarawak, setelah dicalonkan oleh Jabatan Hutan Sarawak.
Pencalonan ini mengiktiraf kepentingan Gunung Pueh dalam pemuliharaan biodiversiti serta keseimbangan antara pembangunan dan alam sekitar.
Menurut ADUN Opar, Billy Sujang, pencalonan ini bukan sekadar melibatkan keindahan alam, tetapi juga memberi peluang kepada komuniti setempat untuk hidup selaras dengan alam.

Beliau menegaskan sokongan masyarakat dan kesedaran awam adalah kunci kejayaan pencalonan ini.
Sekiranya berjaya, Gunung Pueh akan menjadi simbol pemuliharaan alam semula jadi Sarawak, membuka peluang besar dalam ekopelancongan dan penyelidikan biodiversiti, sekaligus memperkukuh kedudukan negeri ini di pentas global.





