Titah Adendum: Al-Sultan Abdullah minta semua pihak hormati proses undang-undang

KUANTAN – Semua pihak diminta menghormati proses dan undang-undang ditetapkan serta tidak menimbulkan sebarang kekeliruan berkaitan Titah Adendum, titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda bertitah, perkara itu berada di bawah bidang kuasa pihak bertanggungjawab dan berintegriti.

“Saya (juga) menyeru semua pihak agar berpegang teguh kepada nilai kejujuran, amanah, saling menghormati dan bersikap terbuka dalam menyelesaikan sesuatu perkara.

“Dengan semangat ini, Insya-Allah… negeri Pahang akan terus menjadi negeri harmoni dan sejahtera,” titah baginda pada Majlis Himpunan Pahang Bermunajat, Raja Berdaulat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, dekat sini, malam tadi.

Baginda turut mengingatkan bahawa perpaduan adalah kunci utama kepada keamanan dan kemakmuran negeri.

“Jangan biarkan perbezaan fahaman dan kepentingan kecil memecahbelahkan kita… sebaliknya mari bersama kukuhkan ukhwah dan bekerja ke arah kesejahteraan bersama.

“Bersatu hati dan berpegang teguh kepada ajaran Islam demi mempertahankan keharmonian yang dikecapi selama ini,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan semua pihak agar tidak mempolitikkan keberangkatan baginda ke majlis berkenaan.

“Saya datang semata-mata untuk bermunajat, menyembah kepada Allah, berdoa supaya kita, negeri Pahang, rakyat Pahang akan sentiasa diberkati, sentiasa dilindungi dan sentiasa dirahmati Allah.

“Saya tidak pernah melibatkan diri dalam sebarang politik kepartian dari dahulu, kini dan akan datang.

“Tolonglah ingat ya… saya selaku sultan mesti berkerjasama dengan kerajaan yang memerintah sekarang, kerajaan negeri Pahang,” titah baginda lagi.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar