RM15 juta diperuntukkan kepada pesawah bagi persediaan Ramadan, Aidilfitri

JERLUN – Pesawah di seluruh negara akan menerima bantuan sebanyak RM15 juta sebagai persediaan menghadapi Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu merupakan sebahagian peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta daripada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) bagi menyokong usaha kerajaan membela nasib pesawah miskin.

“Saya minta Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary bantu pesawah dan bukannya parti politik memandangkan BERNAS jana keuntungan daripada pesawah. Jadi beliau setuju untuk menyumbang RM30 juta sebelum ini.

“Daripada peruntukan itu, kita akan salurkan persediaan awal Ramadan dan Syawal kepada pesawah sebanyak RM15 juta dengan segera. Kita harap ia dapat dilaksanakan sebelum permulaan Ramadan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ketika Meluncurkan Projek Pembangunan Infrastruktur Bagi Menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun di Kampung Pida 4, Ayer Hitam, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminam Makanan, Datuk Seri Mohammad Sabu dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Anwar berkata penyaluran bantuan itu akan diselaraskan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan BERNAS.

Pada 13 Februari lalu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa Syed Mokhtar melalui BERNAS akan menyalurkan peruntukan tambahan RM30 juta bagi menyokong usaha kerajaan membela nasib pesawah miskin.

Katanya, persetujuan itu dibuat Syed Mokhtar selepas beliau menghubungi tokoh korporat berkenaan pada hari sama.

Mengulas lanjut Anwar berkata, beliau boleh meminta Syed Mokhtar membantu PKR seperti diamalkan parti-parti tertentu sebelum ini tetapi tidak berbuat demikian kerana mahu membela nasib pesawah.

“Ini cara kita. Kita ambil sikap gunakan wang korporat untuk politik tetapi untuk pesawah kerana BERNAS ada kaitan secara langsung dengan pesawah,” katanya.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar