Projek tanam padi lima musim dua tahun mampu tingkat produktiviti, pendapatan pesawah – PMX

JERLUN – Projek tanam padi lima musim dua tahun perlu disegerakan dan kerajaan negeri dengan kerjasama  agensi  di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) perlu bersama meningkatkan produktiviti dan pendapatan pesawah. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek tersebut antara yang diberikan tumpuan pihaknya dan berharap para pesawah dapat memberikan kerjasama bagi menjayakannya.

Menurutnya, antara yang telah disegerakan adalah mempercepatkan pengambilan tanah bagi menaik taraf infrastruktur sistem pengairan dan memberikan laporan kemajuan projek dari semasa ke semasa kepada kementerian. 

“Semua agensi perlu berikan laporan segera, kita kena percepatkan projek ini, tak boleh sambil lewa, apabila kita lambatkan ia akan bebankan petani. 

“Sebab itu, para petani jangan marah banyak, bagi saya ini bukan pasal perbezaan politik, saya nak yakinkan pesawah ini bahawa kerajaan boleh lakukan (bantu pesawah),” katanya .

Jelasnya lagi, Kerajaan Madani hari ini sentiasa mengikuti perkembangan masalah pesawah dan sedaya upaya akan menyelesaikannya dengan sebaik mungkin.

Beliau berkata demikian semasa berucap meluncurkan projek  pembangunan infrastruktur bagi menyokong program penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun di kawasan Muda di Kampung Pida 4, Ayer Hitam, dekat sini.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP