Pengeluaran BKK sebelum Ramadan bantu kami berbelanja awal – Penjawat awam

MUAR – Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2025 yang disalurkan mulai hari ini kepada penjawat awam serta pesara kerajaan semestinya menjadi perkara gembira buat golongan itu.

Rata-rata penerima khususnya pengganut beragama Islam menganggap insentif diterima menjelang Ramadan ini sangat bertepatan dalam membantu mereka membuat kelengkapan menyambut Syawal.

Bagi seorang anggota polis, Muhammad Shazuan Rosli, 34, berkata, dia dan keluarga tidak perlu risau untuk membeli-belah bagi persiapan raya setelah bantuan diterima lebih awal pada kali ini.

“Syukur kerana BKK tahun ini keluar lebih awal dan ia membantu saya untuk beli barangan keperluan pada bila-bila masa sama kerana tempoh lebih panjang.

“Sebagai contoh nak beli baju raya keluarga dah tak perlu tunggu sampai minggu akhir Ramadan kerana masa itu terpaksa bersesak dengan pembeli lain selain masalah sukar mencari pakaian sesuai kerana dah banyak habis atau tiada saiz,” katanya kepada The Malaysia Press.

Sementara itu, seorang lagi kakitangan awam, Muhammad Aqil Mohd Rosli, 24, berkata, dia bersyukur dengan bantuan yang diterima buat kali pertama selepas menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Mei tahun lalu.

Dia yang masih bujang berkata, meskipun tidak dapat pulang beraya di Kelantan tahun ini atas faktor penugasan, namun BKK yang diterima itu membantu dirinya untuk berbelanja sempena Ramadan tidak lama lagi.

“Malah, saya juga bercadang untuk berkongsi sedikit bantuan ini kepada kedua orang tua saya bagi membantu perbelanjaan mereka sempena raya nanti.

“Bila bantuan diterima awal, dapatlah kita kongsi rezeki dengan lebih awal. Jadi, ini juga memudahkan ibu bapa saya untuk merancang membeli barang keperluan raya yang sesuai,” katanya.

Related Posts

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan Negeri akan meneliti perkara yang disuarakan kedua-dua kumpulan dalam perhimpunan iaitu Suara Mahasiswa dan Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) yang berlangsung di sekitar Kota Kinabalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

KOTA KINABALU – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) mendesak agar kes siasatan dipercayai penyelewengan dana berjumlah RM1.5 bilion didakwa membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dibuka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng