Kelantan, Perak, Pahang lebih panas Ramadan ini

KELANTAN, Perak dan Pahang dijangka menerima cuaca panas dan kering berbanding negeri lain sepanjang bulan Ramadan ini, berikutan peralihan cuaca selepas berakhirnya Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada pertengahan Mac.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, bagaimanapun fenomena cuaca panas dan kering di seluruh negara pada tahun ini, tidaklah seteruk tahun lalu.

“Bagi ramalan cuaca sepanjang Ramadan pula, cuaca di seluruh negara dijangka baik pada sebelah pagi, manakala ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku pada sebelah petang dan awal malam terutamanya di kawasan barat dan pedalaman Semenanjung, selatan, barat dan tengah Sarawak serta barat Sabah,” katanya.

Mengulas mengenai fenomena cuaca panas yang lebih baik berbanding 2024 pula, katanya keadaan itu disebabkan pengaruh La Nina lemah yang sedang berlaku sekarang dijangka akan berterusan sehingga pertengahan tahun ini.

Berhubung kejadian jerebu dan titik panas pula, beliau berkata, biasanya ia berlaku di antara Julai hingga September iaitu ketika kemuncak Monsun Barat Daya (MBD).

“Masih terlalu awal untuk meramal potensinya (kejadian jerebu dan titik panas) dan ia bergantung kepada kekuatan MBD yang akan berlaku nanti serta keadaan cuaca di negara jiran,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Sebelum ini, MetMalaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan negara kini berada pada fasa penghujung Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada pertengahan Mac 2025 di mana dalam tempoh ini, litupan awan dan taburan hujan akan berkurangan di kebanyakan
tempat, terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak, Pahang dan Kelantan.

Katanya, ketiadaan hujan dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan namun, situasi cuaca panas dan kering yang dialami pada ketika ini adalah fenomena berulang yang berlaku setiap tahun bermula pada bulan Februari hingga Mei.

Susulan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air serta mengelakkan sebarang pembakaran terbuka.

“Dalam tempoh ini, catatan suhu harian tertinggi boleh melebihi 35°C pada awal petang justeru orang ramai juga dinasihatkan supaya mengehadkan tempoh berada di kawasan terbuka bagi mengelakkan pendedahan kepada cuaca panas,” ujarnya.

Related Posts

Pembangunan Lembah Chuping, Pelabuhan Darat Perlis diberi tumpuan

KANGAR – Pembangunan Lembah Chuping, Pelabuhan Darat Perlis serta penaiktarafan Kompleks Usahawan Tempatan Kuala Perlis antara inisiatif khusus negeri ini yang diumumkan menerusi Belanjawan MADANI 2027. Perdana Menteri merangkap Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM80 bilion untuk tangani kos sara hidup rakyat
  • AdenAden
  • October 9, 2026

PUTRAJAYA – Jumlah keseluruhan peruntukkan disediakan kerajaan bagi subsidi, bantuan dan insentif pada tahun hadapan iaitu lebih RM80 bilion. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia termasuk subsidi bahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak