Program Anakku Sayang: Amazing Race for Kids kekal warisan Melayu Sarawak yang hilang

KUCHING – Program Anakku Sayang: Amazing Race for Kids bertemakan Mencari Tradisi yang Hilang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Serbaguna Sonan Bonang dan sekitar Kampung Demak Baru, Kuching. 

Menurut kenyataan rasmi Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), progam ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Kejiranan Mesra (KJM) Kampung Demak Baru dengan kerjasama AKYBMS serta Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

“Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengah hari ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai warisan budaya serta tradisi masyarakat Melayu Sarawak yang semakin dilupakan. 

Selain itu, berkonsepkan perlumbaan berhalangan (Amazing Race), peserta diuji dengan pelbagai cabaran dan permainan yang berasaskan elemen budaya serta adat resam yang unik.

Antara permainan yang diketengahkan termasuklah pertandingan mewarna, mengenali huruf jawi, musang berjanggut, melastik, menganyam ketupat, membuat kuih penyaram, dan e-kuiz Melayu Sarawak. Unit Penyelidikan dan Media AKYBMS terlibat dalam penganjuran aktiviti ini, di mana mereka telah melaksanakan tugasan di Checkpoint 6, iaitu e-kuiz Melayu Sarawak untuk peserta serta mengendalikan mini Booth Pameran Melayu Sarawak sepanjang aktiviti berlangsung.

Related Posts

Projek SSM Perlis dahului jadual, capai 87 peratus siap

KANGAR – Projek pembinaan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Perlis yang sebelum ini berdepan pelbagai kelewatan kini menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila mencapai tahap kemajuan 87 peratus, sekali gus mendahului jadual asal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
LKIM salur bantuan RM467,532 perkasa nelayan Perak Zon Utara

KERIAN – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyalurkan peruntukan berjumlah RM467,532 kepada komuniti nelayan di Perak Zon Utara menerusi pelbagai program pembangunan, kebajikan dan perumahan bagi meningkatkan pendapatan serta kesejahteraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tugas PN rampas Pahang sukar lepas hubungan Pas-Bersatu berakhir

Tugas PN rampas Pahang sukar lepas hubungan Pas-Bersatu berakhir

Projek SSM Perlis dahului jadual, capai 87 peratus siap

Projek SSM Perlis dahului jadual, capai 87 peratus siap

LKIM salur bantuan RM467,532 perkasa nelayan Perak Zon Utara

LKIM salur bantuan RM467,532 perkasa nelayan Perak Zon Utara

Warga asing tanpa lesen ditahan, kereta disita dalam Ops PeWA

Warga asing tanpa lesen ditahan, kereta disita dalam Ops PeWA

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Ekonomi negara lebih meyakinkan di bawah pentadbiran Anwar, Malaysia lebih dikenali di mata dunia

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju