Siapa pemimpin asing dihalang jumpa Tun M, soal Kamil Munim

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad digesa mendedahkan nama pemimpin negara asing yang didakwa dihalang bertemu dengannya.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim, melalui hantaran di laman X berkata, jika Mahathir enggan menyebut nama pemimpin tersebut, maka beliau dianggap berbohong.

“Pemimpin mana? Dari negara mana? Jika tidak, Tun bohong,” katanya.

Muhammad Kamil juga mendakwa, Mahathir sengaja mencipta persepsi buruk untuk meraih simpati politik.

Tambahnya, tindakan berbohong adalah sesuatu yang tidak baik.

“Tak baik bohong, Tun. Dosa,” tulis beliau.

Sebelum ini, Mahathir dalam podcast ‘Keluar Sekejap’ mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menghalang beberapa pemimpin negara asing bertemu dengannya.

Mahathir dilaporkan berkata, pemimpin yang disekat itu adalah rakan-rakannya sendiri.

Related Posts

PeSAWAH sambut baik Belanjawan 2027 tapi bimbang bayaran IPP lewat

ALOR SETAR – Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) melahirkan kebimbangan terhadap Belanjawan 2027 yang dianggap belum dapat menyelesaikan masalah pelaksanaan bantuan kepada petani khususnya pembayaran insentif. Pengerusinya, Abdul Rashid Yob…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

PELBAGAI projek pembangunan yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 berpotensi membawa perubahan kepada kehidupan rakyat Kelantan, khususnya dalam menangani isu bekalan air bersih, banjir dan kemudahan pengangkutan awam. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Pujian buat Kerajaan Persekutuan, harap komitmen jadi realiti

  • By Ezmie
  • October 10, 2026
Belanjawan 2027: Pujian buat Kerajaan Persekutuan, harap komitmen jadi realiti

PH Pahang turun padang salur maklumat tepat Belanjawan 2027

PH Pahang turun padang salur maklumat tepat Belanjawan 2027

PeSAWAH sambut baik Belanjawan 2027 tapi bimbang bayaran IPP lewat

PeSAWAH sambut baik Belanjawan 2027 tapi bimbang bayaran IPP lewat

Anggota polis maut, dua cedera parah ketika pulang dari tugas rasmi

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Anggota polis maut, dua cedera parah ketika pulang dari tugas rasmi

LKIM salur bantuan RM461,500, perkasa kebajikan nelayan Gerigat