Wanita PKR Sabah sokong Fadhlina kekal sebagai ketua

KOTA KINABALU – Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah memberikan sokongan penuh terhadap Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek agar terus dikekalkan menyandang jawatan itu.

Ketua Wanita PKR Sabah, Noriha Yakub berkata, pihaknya dengan tegas menyokong penuh perkara tersebut.

“Sejak memegang jawatan ini, beliau menunjukkan kepimpinan yang cemerlang dalam memperkukuhkan peranan wanita dalam politik.

“Beliau berusaha mendorong lebih banyak penyertaan wanita dalam kepimpinan dan pembuatan keputusan tanpa mengira perbezaan kumpulan dalam parti.

“Semangat ukhuwah yang beliau tunjukkan adalah ciri penting dalam diri seorang pemimpin.

“Kejayaannya memimpin Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) membuktikan keupayaan beliau dalam menggerakkan jentera wanita secara inklusif dan efektif,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut Noriha, antara pencapaian terbaik Fadhlina dapat dilihat melalui pembangunan komuniti dan pengiktirafan antarabangsa.

“Beliau mengetuai pelbagai inisiatif yang memberi impak besar, termasuk program literasi undang-undang keluarga Islam dan perlindungan kanak-kanak.

“Keprihatinannya terhadap kebajikan rakyat turut terbukti apabila beliau menggerakkan Misi Banjir Wanita PKR yang membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.

“Beliau juga berjaya membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa apabila mengetuai delegasi negara ke Persidangan Agung UNESCO ke-42 di Paris.

“Beliau sempat berkongsi visi dan pencapaian negara dalam bidang pendidikan dan kebudayaan yang membuktikan kebolehannya sebagai pemimpin wanita berwibawa di peringkat global,” ujarnya.

Sehubungan itu Noriha berpendapat, Fadhlina menunjukkan komitmen tinggi dalam memperkasakan wanita serta meningkatkan kualiti pendidikan negara melalui pelbagai inisiatif dan pencapaian sepanjang tempoh kepimpinannya.

“Oleh itu kami dengan tegas menyokong beliau atas prestasi cemerlangnya,” katanya lagi.

Related Posts

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

PUTRAJAYA – Hukuman terhadap kesalahan rasuah perlu dikaji semula dan ditetapkan secara lebih tegas termasuk bersifat mandatori bagi memastikan ia benar-benar memberi kesan pencegahan, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

PUTRAJAYA – Mekanisme seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) wajar diwujudkan menerusi Akta Sabotaj Ekonomi Negara bagi mempercepat proses siasatan dan tindakan terhadap pihak yang terbabit rasuah, salah guna kuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus