Abdul Karim gagal pertahan kerusi Naib Presiden PBB, terima dengan hati terbuka

KUCHING – Datuk Seri Abdul Karim Hamzah gagal mempertahankan kedudukannya sebagai Naib Presiden Parti Bumiputera Bersatu (PBB) pada pemilihan semalam.

Menurut beliau, keputusan yang sudah diputuskan semalam diterima dengan hati terbuka.

“Saya terima keputusan tersebut dengan hati terbuka,” ujar beliau.

Beliau turut gembira semua proses pemilihan berjalan dengan lancar dan menganggap ia merupakan sebahagian daripada amalan demokrasi.

Sebelum ini, Abdul Karim Hamzah merupakan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak meraih undi 669 undi.

Keputusan tersebut memihak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki yang berjaya meraih undi 910 undi.

Manakala, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Naib Yang Dipertua (Sayap Bumiputera) dengan undi 900 undi. 

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee berjaya mempertahankan jawatannya (Naib Presiden PBB) dengan meraih undi 788 undi. 

Selain itu, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh juga menang dengan meraih 687 undi.

Related Posts

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

KUANTAN – PKR sedia untuk bertembung dengan mana-mana parti dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, buat masa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes baja Kedah hampir selesai, Mohamad Sabu antara 37 saksi

KAJANG – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu baja di Kedah kini hampir selesai selepas 37 saksi dirakam keterangan, termasuk Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya

Kerajaan hormati keputusan pengampunan bersyarat Najib – Mustapha

Kerajaan hormati keputusan pengampunan bersyarat Najib – Mustapha

Kes baja Kedah hampir selesai, Mohamad Sabu antara 37 saksi

Kes baja Kedah hampir selesai, Mohamad Sabu antara 37 saksi

Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

  • By Fandi
  • September 19, 2026
Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari