Dakwa PRU mengejut oleh Bersatu hanya permainan persepsi

KUANTAN – Dakwaan pembangkang kononnya Pilihan Raya Umum (PRU) mengejut akan diadakan tahun ini sekadar permainan persepsi untuk mengelirukan rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan tidak terpengaruh dengan spekulasi itu sebaliknya terus fokus kepada tugas mentadbir negeri serta membela rakyat.

“Itu kerja dia (pembangkang), suka buat persepsi supaya orang kelam-kabut dan tak boleh fokus pada kerja.

“Mana yang termakan persepsi, itulah yang akan terpengaruh. Tapi kami terus buat kerja, fokus untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Konvensyen Sekretariat Muafakat Felda Pahang Tahun 2025 di Auditorium RTM Pahang, di sini, hari ini.

Wan Rosdy berkata, pembangkang hanya mencari isu untuk dimainkan tanpa asas kukuh, malah sering mengubah kenyataan mengikut keadaan semasa.

“Dia (pembangkang) tiada modal, tiba-tiba teringat hendak cakap pilihan raya esok lusa, dia cakaplah.

“Lepas itu, esok cakap benda lain pula. Itu kerja dia, dan bukan sesuatu yang pelik,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kerajaan negeri tidak akan membuang masa melayan spekulasi politik yang tidak membawa manfaat.

“Keutamaan kami adalah memastikan pembangunan berjalan lancar dan rakyat mendapat manfaat. Kami tidak akan terganggu dengan politik persepsi yang cuba dimainkan,” tegasnya.

Related Posts

Cadangan ADUN lantikan cetus perdebatan, PKR negeri suarakan kebimbangan

SEKIJANG – Cadangan kerajaan negeri Johor untuk memperkenalkan kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan tanpa melalui pilihan raya mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pemimpin politik. Pengerusi Majlis Pimpinan Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan ulangi peristiwa tebuk atap – Mat Sabu

SEREMBAN – Presiden Parti Amanah Negera (Amanah) Datuk Seri Mohamad Sabu mengingatkan semua pihak supaya tidak mengulangi budaya politik ‘tebuk atap’ yang boleh menjatuhkan kerajaan dibentuk melalui mandat rakyat. Mohamad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan ADUN lantikan cetus perdebatan, PKR negeri suarakan kebimbangan

Cadangan ADUN lantikan cetus perdebatan, PKR negeri suarakan kebimbangan

Banjir kilat Skudai perlu penyelesaian jangka panjang yang menyeluruh

Banjir kilat Skudai perlu penyelesaian jangka panjang yang menyeluruh

Kejayaan tilawah al-Quran angkat martabat Sarawak di pentas antarabangsa

Kejayaan tilawah al-Quran angkat martabat Sarawak di pentas antarabangsa

Pelajar cemerlang SPM 2025 SMK Dato Permaisuri terima insentif

Pelajar cemerlang SPM 2025 SMK Dato Permaisuri terima insentif

Peniaga wanita berputih mata, rugi RM281,700 terpedaya pelaburan tidak wujud

Peniaga wanita berputih mata, rugi RM281,700 terpedaya pelaburan tidak wujud

Pemandu e-hailing di Sarawak kini nikmati perlindungan insurans khas

Pemandu e-hailing di Sarawak kini nikmati perlindungan insurans khas