Program P197 Samarahan Prihatin bantu golongan kurang berkemampuan

KOTA SAMARAHAN – Program P197 Samarahan Prihatin dianjurkan oleh Pusat Khidmat P197 Kota Samarahan di Dewan Suarah Kota Samarahan baru-baru ini bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan.

Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Hajah Rubiah Wang berkata, program ini mencerminkan komitmen penuh dalam menyokong generasi muda menggapai impian mereka.

“Ini termasuk Pendidikan berkualiti serta menyediakan pelbagai bantuan Kebajikan di Kota Samarahan,” katanya.

Tambah Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu, langkah proaktif tersebut bagi memastikan setiap warga Kota Samarahan dapat menikmati akses yang setara terhadap pendidikan dan kebajikan yang lebih baik.

“Diharap bantuan Pendidikan yang diberikan dapat meringankan golongan penerima dalam menerus perjalanan akademik mereka,” tambahnya.

Selain itu, Rubiah berharap bantuan ini dapat membantu mereka mengalami masalah Kesihatan dapat sembuh dan menjalani kehidupan lebih baik.

Turut hadir Pegawai Daerah Samarahan Julaihi Bujang yang turut mewakili Residen Samarahan serta para penerima manfaat daripada program tersebut.

Related Posts

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

KUANTAN – Program Paya Besar Global Pulse: Russian Track hujung minggu lalu, menghimpunkan belia berusia antara 15 hingga 19 tahun dari kawasan Parlimen Paya Besar dan anak muda Rusia dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

  • By Fatin
  • October 9, 2026
MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas