UMNO akan pastikan Azmawi menang PRK Nenggiri

GUA MUSANG – UMNO akan pastikan calon daripada parti itu, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani akan memenangi kerusi Nenggiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang dijadual pada 17 Ogos akan datang.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Ahmad Maslan berkata, calon Barisan Nasional (BN) merupakan calon yang amat sesuai untuk diberi kemenangan sebagai mewakili Kerajaan Perpaduan.

Katanya, Mohd Azmawi yang juga anak tempatan yang sudah lama berkhidmat di kawasan itu dilihat sebagai pilihan utama masyarakat untuk mewakili mereka, sekali gus menambah suara di DUN Kelantan.

“Tempat ini juga sudah tidak asing buat beliau dan beliau telah faham selok belok berhubung kawasan ini.

“Ini kita mahu membina jambatan yang kukuh, jambatan yang kuat antara rakyat Gua Musang khususnya Nenggiri bersama agensi pusat.

“Tidak ada yang mustahil dalam politik, justeru, kita perlu berusaha lebih keras supaya calon kita boleh menang,” katanya pad Majlis Pelancaran Barisan Nasional (BN) PRK Nenggiri, di Balai Rakyat Bukit Cekati, Gua Musang, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru semua jentera agar sama-sama berganding bahu bagi merampas kembali DUN Nenggiri.

Related Posts

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

PERBAHASAN sama ada amalan tahlil merupakan sebahagian daripada syariat atau sebaliknya tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mana-mana individu mempermainkan amalan itu sebagai senjata politik atau menyindir mana-mana pihak terutama orang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) berhasrat mempertahankan semua 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang gabungan itu di Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. Pengerusi BN,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan