Fahmi ke Singapura jumpa penyedia platform media sosial

SUSULAN pengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengenai kerangka baharu kawal selia media sosial bermula 1 Ogos ini, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ke Singapura untuk bertemu semua penyedia platform media sosial.

Menurut Fahmi, beliau juga mengambil kesempatan untuk mengadakan perbincangan dua hala dengan Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Singapura, Josephine Teo.

“Kami antara lain berbincang tentang cabaran dan proses kawal selia media sosial Singapura yang telah pun dilaksanakan sejak dua tahun lalu.

“Masih belum terlambat untuk kita pastikan penyedia media sosial bertanggungjawab terhadap kegiatan jenayah yang berlaku dalam landskap platform mereka.

“Langkah yang diambil ini bakal mewujudkan ekosistem dalam talian lebih selamat, serta pengalaman lebih baik untuk para pengguna, terutama buat kanak-kanak dan seisi keluarga,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Related Posts

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

PUTRAJAYA – Inisiatif MADANI Mart menyasarkan pembukaan satu cawangan bagi setiap Dewan Undangan Negeri sebagai sebahagian visi capaian nasional untuk memastikan lebih ramai rakyat memperoleh barangan keperluan pada harga berpatutan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti