Kaburkan logo Perikatan Nasional, apa mesej Nik Amar?

MAKIN dinafikan makin jelas terserlah, demikian situasi yang dihadapi pimpinan Perikatan Nasional (PN) buat masa ini.

Beberapa hari lalu, Datuk Seri Mohd Amar Abdullah memuat naik beberapa gambar di Facebooknya (Dato’ Nik Amar) ketika program bersama jentera di PRK Sungai Bakap.

Namun yang peliknya bendera dan ‘bunting’ yang terpapar tulisan ‘Perikatan Nasional’ pada setiap gambar di lokasi ceramah telah dikaburkan.

Malah ada gambar ‘bunting’ kempen calon PN, Abidin Ismail turut dikaburkan semua kecuali paparan muka calon.

Ia bagaikan satu isyarat kepada pihak tertentu yang dipercayai dituju kepada pimpinan dalam PN khususnya parti Bersatu.

Tambah pula, hasil tinjauan mendapati ketiadaan kelibat jentera Bersatu turun berkempen.

Hanya beberapa pimpinan bukan utama Bersatu seperti Chegu Bard kelihatan berceramah di ceramah kelompok.

Dalam pada itu, kesungguhan jentera PAS ketika berkempen seperti mahu membuktikan parti Islam itu tetap boleh menang tanpa bantuan Bersatu.

Umum tahu mengenai khabar angin berlaku perpecahan dalam PN melibatkan Bersatu dan PAS.

Ia terus dinafikan sebagai hanya khabar angin dan ditolak oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyudin Hassan.

Mungkin kenyataan dua pimpinan utama PAS ini dibuat bagi memastikan jentera PRK Sungai Bakap tidak hilang fokus.

PRK Sungai Bakap sudah pasti menjadi objektif utama PAS pada ketika ini bagi kekal di kerusi berkenaan.

Bagaimanapun hantaran di Facebook Dato’ Nik Amar seperti menolak penafian yang dibuat selama ini.

Adakah ini mengesahkan pendedahan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil baru-baru ini bahawa PAS ada perbincangan untuk menyertai Kerajaan Perpaduan?

Related Posts

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

KUALA LUMPUR – Wanita PKR mendesak enam ahli Parlimen parti itu menghentikan segera sebarang gerakan politik yang disifatkan sebagai ‘bermain dua kolam’ atau berdepan tindakan disiplin tegas. Dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi