PRN17 Sabah: PBS pastikan kemenangan GRS

TAWAU – Parti Bersatu Sabah (PBS) akan memastikan kemenangan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pemangku Presidennya, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata setiap individu mahu menjadi calon, bagaimanapun kemenangan GRS adalah perkara yang terpenting.

“Kita akan bincang berkenaan calon, ‘end of the day’ adalah kemenangan GRS,” katanya kepada media selepas merasmikan Pesta Tahun Baru Cina 2025 Parlimen Tawau, di Dewan Masyarakat Tawau, pada Sabtu.

Menurut Joachim, PBS juga akan mempertahankan kerusi sedia ada tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah selain mengajukan pertambahan kerusi parti itu.

“Kita akan minta juga kepada kerajaan GRS pertambahan kerusi, tapi berapa, ‘wait n see’,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri menyeru agar rakyat Sabah terus mempertahankan keharmonian kepelbagaian agama dan kaum di negeri ini.

“Kebudayaan yang kita raikan bersama hari ini tanpa mengambil kira fahaman politik, bangsa dan agama.

“Inilah kita perlu pertahankan, jangan pecah belah disebabkan berlainan bangsa kerana maju atau mundur Sabah ini terpulang pada kesatuan dan kerjasama semua,” ujarnya.

Related Posts

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg Daun ketum dirampas

IPOH – Kegiatan memiliki dan menyimpan daun ketum serta air minuman itu membawa padah apabila lima lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, pada Isnin…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

KUANTAN – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar mencari lembu di Hutan Simpan Sementah, Lanchang, Temerloh, semalam, ditemukan selamat petang tadi. Penolong Pengarah (Bahagian Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg Daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg Daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

  • By Aden
  • August 25, 2026
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September