“Gaza tidak sendirian, Malaysia terus beri harapan”

RAKYAT Palestin tidak pernah berjuang sendirian. Itu yang dirasakan oleh seorang pelajar Palestin di Malaysia apabila melihat komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakyat negara ini dalam membantu Gaza.

Seorang pelajar Palestin di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Perlis yang hanya mahu dikenali sebagai Mohammed, 24, berkata, inisiatif Malaysia membina semula Gaza memberi sinar harapan kepada rakyat Palestin yang kehilangan segalanya akibat serangan berterusan.

“Langkah untuk membina sekolah, hospital dan masjid di Gaza bukan sekadar sumbangan biasa, tetapi bukti Malaysia sentiasa bersama kami dalam perjuangan menuntut keadilan.

“Ketika tanah air saya terus menjadi medan konflik, Malaysia hadir sebagai negara yang bukan hanya bersuara tetapi bertindak untuk membantu,” katanya kepada The Malaysia Press baru-baru ini.

Menurutnya, penderitaan rakyat Gaza tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila ribuan nyawa terkorban dan jutaan lagi kehilangan tempat tinggal akibat serangan tanpa henti.

Namun, katanya, dalam situasi sukar ini, keprihatinan dan bantuan daripada Malaysia membuktikan masih ada negara yang teguh menyokong Palestin.

“Malaysia bukan sekadar mengutuk kekejaman yang berlaku, tetapi tampil dengan langkah konkrit seperti penubuhan dana khas bersama Jepun untuk membangunkan semula Gaza.

“Ini membuktikan bahawa Malaysia mahu memastikan rakyat Palestin kembali bangkit dengan maruah dan keselamatan yang lebih baik,” ujarnya.

Beliau turut menyatakan rasa kagum terhadap kepimpinan Anwar yang tegas dalam mempertahankan hak Palestin di pentas antarabangsa.

“Ketegasan Perdana Menteri dalam aspek diplomasi dan bantuan kemanusiaan menjadi sumber kekuatan kepada kami yang masih bertahan di tengah krisis,” katanya.

Menurutnya, usaha Anwar mengajak organisasi kerajaan, sektor swasta dan rakyat Malaysia bersatu dalam membantu Gaza mencerminkan kesepaduan dan nilai kemanusiaan tinggi yang ada dalam negara ini.

“Saya dan rakyat Palestin amat menghargai doa, usaha dan pengorbanan rakyat Malaysia untuk Gaza. Keprihatinan ini tidak akan kami lupakan, dan kami percaya dengan perpaduan sebegini, Palestin akan kembali bebas suatu hari nanti,” katanya.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak