Arifin nafi dakwaan laporan MalaysiaKini, akan ambil tindakan undang-undang

KOTA KINABALU — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Datuk Dr Mohd Arifin Arif menafikan dakwaan yang terkandung dalam laporan berita oleh MalaysiaKini pada 3 Februari yang bertajuk ‘Pendedahan Maklumat Menantu Musa Aman Tawar Penyelesaian Tutup Mulut Saya’.

Beliau menyifatkan laporan berkenaan sebagai berniat jahat kerana mengandungi dakwaan yang tidak tepat, mengelirukan serta berunsur fitnah.

“Laporan media tersebut jelas membuktikan bahawa individu tertentu bersama kumpulan kartelnya menggunakan pelbagai helah dan tipu daya untuk mendapatkan lesen perlombongan, termasuk dengan menyebarkan fitnah terhadap saya serta individu lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas membuat laporan polis terhadap dakwaan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini pada Rabu.

Arifin turut mendakwa bahawa kumpulan berkenaan menyebarkan berita dan fakta palsu bertujuan untuk memonopoli lesen perlombongan di Sabah.

Tambahnya, MalaysiaKini juga tidak pernah menghubunginya untuk mendapatkan pengesahan sebelum laporan itu disiarkan.

Sehubungan itu, beliau menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang didakwa memfitnahnya dan bersekongkol dengan kumpulan kartel yang terlibat.

“Saya serahkan perkara ini kepada peguam saya dan segala perincian akan dilaksanakan melalui mereka,” katanya.

Terdahulu, MalaysiaKini melaporkan dakwaan pemberi maklumat bahawa Arifin menawarkan jalan penyelesaian bagi menutup mulutnya.

Turut dikongsi sebuah draf kenyataan media disediakan untuk pemberi maklumat bagi menyatakan bahawa dirinya membuat ‘sumbangan’ serupa kepada ADUN daripada UMNO, STAR dan PBS.

Related Posts

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

PADANG BESAR – Sekali pandang seperti tayar ganti biasa, namun di sebaliknya tersembunyi tangki minyak yang diubah suai dipercayai digunakan untuk menyeludup bahan api bersubsidi ke negara jiran. Helah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

PUTRAJAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan menyeluruh berdasarkan segala dapatan dan maklumat yang terkandung dalam laporan itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA