Kumpulan samseng diminta keluar dari Bintulu

AHLI Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing yang berang dengan tindakan kumpulan samseng yang semakin melampau, menggesa mereka meninggalkan bandar itu.

King Sing yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata, jika tindakan tegas tidak diambil sekarang, kumpulan itu mungkin merasakan mereka boleh mengawal undang-undang dan mengancam keselamatan awam.

“Ini adalah amaran terakhir! Saya tidak mahu melihat aksi ganas berulang lagi dan saya menasihatkan mereka yang terbabit dengan aktiviti kumpulan samseng supaya beredar sebelum terlambat.

“Jika anda terus melanggar undang-undang dan menimbulkan masalah, anda perlu menghadapi akibatnya,” katanya dalam hantaran di Facebook, pada Isnin.

Beliau membuat hantaran itu susulan video tular di media sosial memaparkan serangan ganas dilakukan ahli kumpulan samseng menggunakan gunting.

Menurutnya, kejadian itu mengejutkan sekaligus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai sehingga ada menganggap Bintulu kini dikawal kumpulan penjenayah.

King Sing berkata, beliau dimaklumkan suspek terbabit dalam kejadian itu sudah menyerah diri kepada polis.

“Saya menggesa Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali dan pasukannya mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang.

“Semestinya tiada kelonggaran dalam jenayah serius seperti itu dan kita mesti membanteras keganasan kumpulan kerana kejadian ini terlalu parah untuk diabaikan,” katanya sambil memaklumkan menerima video daripada individu yang bimbang Bintulu tidak lagi selamat.

King Sing yang turut menafikan tuduhan beliau terbabit dalam kumpulan samseng itu dan menegaskan tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang terbabit dalam jenayah kekerasan itu.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok