Israel tangguh bebas tahanan Palestin

KAHERAH – Pejuang Hamas menyerahkan tiga tebusan warga Israel dan lima rakyat Thailand di Gaza semalam, namun Israel menangguhkan pembebasan Palestin selepas berlaku kekecohan di kawasan titik penyerahan, di mana orang ramai berkerumun mengelilingi tawanan.

Arbel Yehud, 29, yang diculik dari Kibbutz Nir Oz dalam serangan diketuai pejuang Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023 berjalan melalui orang ramai yang memenuhi tempat itu ketika pejuang bersenjata menyerahkannya kepada Palang Merah dalam suasana tegang di bandar selatan Khan Younis.

Seorang lagi tebusan Israel, Gadi Moses, 80, turut dibebaskan bersama lima rakyat Thailand yang bekerja di ladang Israel berhampiran Gaza.

Ibu seorang rakyat Thailand itu menonton siaran langsung dengan cemas dari rumahnya di wilayah Udon Thani di timur laut Thailand.

“Tolong, biarkan anak saya keluar sekarang, saya mahu melihat wajahnya,” kata Wiwwaro Sriaoun, 53, ketika rakaman di telefonnya menunjukkan sebuah kenderaan bergerak perlahan melalui orang ramai.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, penyerahan tebusan di tengah-tengah orang ramai yang berkerumun adalah mengejutkan dan mengancam untuk membunuh sesiapa sahaja yang mencederakan tebusan.

Beliau menggesa pihak pemudah cara untuk memastikan kejadian itu tidak berulang.

Seramai 110 tahanan Palestin dijangka dibebaskan semalam sebagai sebahagian daripada perjanjian berperingkat yang menghentikan pertempuran di wilayah pantai yang musnah itu.

Seorang pegawai Israel yang terbabit dalam operasi itu memberitahu Reuters, bas membawa tahanan diarah kembali ke penjara sebagai tindak balas terhadap penyerahan yang mengalami kekacauan itu.

Sebelum itu, di Jabalia di utara Gaza, seorang tentera Israel, Agam Berger, yang mengenakan pakaian seragam kehijauan, dibawa melalui lorong sempit antara bangunan yang rosak teruk dan timbunan runtuhan sebelum diserahkan kepada Palang Merah.

Netanyahu menerima kritikan di Israel kerana tidak berjaya mencapai perjanjian tebusan lebih awal selepas kegagalan keselamatan yang membenarkan serangan pejuang Hamas pada 7 Oktober.

Related Posts

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

JAKARTA – Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak