Gerakan rela keluar PN demi sekolah Cina

PARTI Gerakan tidak teragak-agak untuk keluar daripada gabungan Perikatan Nasional (PN) jika tindakan itu dapat mempertahankan sistem pendidikan Cina, kata Timbalan Presidennya, Oh Tong Keong.

Dia berkata Gerakan juga tidak akan kekal dalam gabungan itu jika terpaksa tunduk terhadap tuntutan konservatif dan tidak munasabah yang melampau daripada ‘parti tertentu’.

Tong Keong menjawab amaran Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari bahawa PN mungkin menggugurkan Gerakan pada pilihan raya umum akan datang.

Ini selepas PAS dan Gerakan mengambil pendirian berbeza dalam isu syarikat minuman keras menyalurkan dana kepada sekolah vernakular.

“Gerakan mengesahkan sokongan padu terhadap usaha masyarakat Cina mengumpul dana untuk pendidikan Cina.

“Walaupun ugutan tidak munasabah daripada sekutu PN bahawa tidak akan ada lagi kerjasama dalam pilihan raya umum akan datang, kami bersedia untuk menghadapinya,” katanya dalam satu kenyataan media, lewat hari ini.

Gerakan semalam menyokong pendirian DAP menyokong sekolah vernakular yang bekerjasama dengan kilang bir untuk menganjurkan acara mengumpul dana.

Gerakan berpandangan kutipan derma seperti itu perlu dilakukan kerana sekolah Cina tidak diberikan dana mencukupi oleh kerajaan persekutuan untuk meneruskan operasi mereka.

Bagaimanapun, Ahmad Fadhli berkata pandangan sedemikian mengecewakan dan menegaskan jika Gerakan mengekalkan pendapat seperti itu, PAS tidak akan bekerjasama dengan Gerakan pada pilihan raya umum ke-16.

Related Posts

Tindakan keluar PKR perkara biasa – Mustapha

SEPANGGAR – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud menyifatkan tindakan beberapa pemimpin meninggalkan parti berkenaan sebagai perkara biasa dan tidak mengejutkan parti itu. Katanya, PKR sudah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peluang terakhir BN: PH Johor sedia tanding semua kerusi jika rundingan gagal

PULAI – Pakatan Harapan (PH) Johor memberi amaran jelas kepada Barisan Nasional (BN) bahawa peluang untuk membentuk kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kini berada di penghujungnya, susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tentera Darat tambah baik syarat pengambilan perajurit

Tentera Darat tambah baik syarat pengambilan perajurit

Pekerja ladang maut dihempap tandan kelapa sawit

Pekerja ladang maut dihempap tandan kelapa sawit

Isu AKPS perlu diperhalusi – Mustapha

Isu AKPS perlu diperhalusi – Mustapha

Tindakan keluar PKR perkara biasa – Mustapha

Tindakan keluar PKR perkara biasa – Mustapha

Hukuman pensyarah rompak bank, tembak mati pengawal keselamatan kekal

Hukuman pensyarah rompak bank, tembak mati pengawal keselamatan kekal

Sarawak sambut baik kelulusan RM445 juta naik taraf Lapangan Terbang Miri

Sarawak sambut baik kelulusan RM445 juta naik taraf Lapangan Terbang Miri