Beregu campuran negara ke suku akhir

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengikut jejak langkah beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila mengesahkan tiket ke suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024.

Kejayaan itu hadir selepas Tang Jie-Ee Wei merekodkan kemenangan kedua dalam Kumpulan D dengan menewaskan gandingan Amerika Syarikat, Vinson Chiu-Jennie Gai 21-15, 24-22 pada aksi di Porte de La Chapelle Arena, lewat petang tadi.

Ia adalah kemenangan kedua pasangan nombor sembilan dunia itu selepas turut menewaskan beregu Singapura, Terry Hee-Jessica Tan dalam aksi pertama kumpulan, semalam.

Dua kemenangan itu membolehkan Tang Jie-Ee Wei menjamin kedudukan dua teratas kumpulan tidak kira keputusan yang akan dicatatkan mereka dalam aksi terakhir menentang gandingan China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.

Yan Zhe-Dong Ping turut merekodkan kemenangan kedua, hari ini apabila menewaskan Terry-Jessica 21-13, 21-17.

Related Posts

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JURGEN Klopp secara rasmi dilantik pengendali baharu Jerman dengan bekas pengendali Liverpool itu diberi tanggungjawab besar untuk mengembalikan kegemilangan gergasi bola sepak Eropah berkenaan. Pengumuman pelantikan itu dibuat Persekutuan Bola…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

SEPANYOL merampas kedudukan nombor 1 dunia daripada Argentina dalam ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas Piala Dunia 2026. La Roja yang kehilangan kedudukan teratas pada April lalu, kembali menghuni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman