Pengerusi, jawatankuasa pastikan peranan masjid sebagai pusat kesatuan – Mohd Na’im

TAWAU – Pengerusi dan jawatankuasa masjid bertanggungjawab memastikan peranan masjid sebagai pusat kesatuan.

Demikian dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar yang menekankan agar masjid tidak hanya dikenali sebagai pusat beribadah.

“Dalam konteks ini saya menekankan peranan masjid sebagai pusat kesatuan dan masjid bukan hanya tempat untuk kita beribadah menunaikan solat.

“Oleh itu, saya tekankan juga kepada pengerusi dan jawatankuasa, masjid ini sepatutnya menjadi tempat kesatuan mengadakan semua bentuk program,” katanya kepada media selepas Majlis Serahan Mobiliti Tabung Haji (TH) di Masjid Al-Falah, Kampung Pasir Putih Tawau di sini, pada Isnin.

Mengenai majlis tersebut, sebuah van jenazah diserahkan kepada Masjid Al-Falah pelbagai fungsi untuk dimanfaatkan yang sekaligus memudahkan urusan jenazah.

“Program mobiliti ini diperkenalkan sejak 2015 oleh TH melalui Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk penyerahan van jenazah dan pengangkutan kepada suatu tempat atau kawasan yang memerlukan.

“Di Sabah ini terdapat tempat yang tiada van jenazah atau telah uzur dan penyerahan ini digunakan oleh umat Islam dan masjid agar fardhu kifayah dapat disempurnakan,” katanya.

Menurut Mohd Na’im, pihaknya juga membuat serahan dua unit rumah yang setiap satunya bernilai RM90,000 dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menerusi program Sinar Lestari selain RM20,000 untuk tambah baik rumah terbabit.

“Saya juga sempat singgah bersama memberikan sumbangan daripada YAPIEM kepada 75 rumah yang terlibat kebakaran di Kg Sri Aman Jalan Apas.

“Ini jelas semasa pertemuan saya dengan warga agensi terlibat yang kita ada lima agenda utama dan antara satunya memperkasa sosio ekonomi ummah termasuk memberi bantuan dan sumbangan diberi kepada golongan asnaf.

“Alhamdulillah syabas dan tahniah kepada TH, YAPIEM, Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) termasuk Yayasan Waqaf Malaysia dan agensi persekutuan lain,” ujarnya.

Related Posts

Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

SANDAKAN – Cadangan menaik taraf terminal Lapangan Terbang Sandakan dilihat tepat pada masanya bagi menyokong perkembangan sektor pelancongan menjelang kempen Visit Sabah Year 2027. Presiden Persatuan Pelancongan Sandakan (STAN), Teo…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

KUANTAN – Kira-kira 10,000 belia berusia antara 13 hingga 30 tahun memeriahkan Fiesta Rakan Muda @ Pahang 2026 yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

  • By Fandi
  • September 13, 2026
Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

‘Guru minta izin nyanyi kejap’, lagu Hindi klasik dendangan Anwar curi perhatian

‘Guru minta izin nyanyi kejap’, lagu Hindi klasik dendangan Anwar curi perhatian