Peserta himpunan rempuh masuk Dataran Merdeka, tidak dihalang pihak berkuasa

KUALA LUMPUR – Peserta Himpunan Rakyat Benci Rasuah bertindak merempuh masuk halangan pagar yang diletakkan di hadapan pintu masuk Dataran Merdeka, bagaimanapun tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa setakat ini.

Perarakan yang dihadiri oleh kira-kira 300 orang peserta terdiri daripada mahasiswa daripada beberapa universiti awam dan rakyat pelbagai lapisan dan bangsa berarak secara aman berhimpun di hadapan Kompleks Sogo sebelum menuju ke Dataran Merdeka.

Himpunan anti rasuah di sepanjang Jalan Tunku Abdul Razak itu turut dikawal rapi oleh anggota pihak berkuasa dan keadaan lalu lintas juga berada dalam keadaan terkawal.

Turut kelihatan kehadiran aktivis Fahmi Reza dan beberapa wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Suaram, Suhakam dan PSM.

Sepanjang perarakan berlangsung, turut kedengaran laungan slogan ‘Hidup Mahasiswa’ dan lagu ‘Madani Bangsat’ diudarakan berserta layangan sepanduk membawa mesej himpunan diayunkan peserta.

Related Posts

Subsidi bersasar bukan menyusahkan rakyat, sebaliknya elak ketirisan wang negara

KOTA KINABALU – Pelaksanaan subsidi bersasar menerusi BUDI Diesel perlu ditambah baik mengikut keperluan rakyat Sabah, bukannya dimansuhkan atau dikembalikan kepada sistem subsidi pukal. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelajar praktikal UiTM, wanita pemilik kolam ikan maut terkena renjatan elektrik
  • AdenAden
  • September 14, 2026

​JERTIH – Dua wanita termasuk seorang pelajar universiti disahkan meninggal dunia dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di kawasan kolam ternakan ikan di Pantai Air Tawar, petang semalam. ​Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Subsidi bersasar bukan menyusahkan rakyat, sebaliknya elak ketirisan wang negara

Subsidi bersasar bukan menyusahkan rakyat, sebaliknya elak ketirisan wang negara

Musketeers Football perkukuh ekosistem bola sepak akar umbi melalui inovasi

  • By Fandi
  • September 14, 2026
Musketeers Football perkukuh ekosistem bola sepak akar umbi melalui inovasi

YPM FC juara Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah

YPM FC juara Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah

Pelajar praktikal UiTM, wanita pemilik kolam ikan maut terkena renjatan elektrik

  • By Aden
  • September 14, 2026
Pelajar praktikal UiTM, wanita pemilik kolam ikan maut terkena renjatan elektrik

Aset S-GLC Pahang meningkat kepada RM11.3 bilion

Aset S-GLC Pahang meningkat kepada RM11.3 bilion

5,000 jemah imarahkan Festival Turath Islami Malaysia

5,000 jemah imarahkan Festival Turath Islami Malaysia