Beli barang RM50 baru boleh beli minyak peket

PARIT BUNTAR – Mengenakan syarat minimum pembelian RM50 baharu boleh membeli minyak masak peket mengundang padah kepada seorang peniaga apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak bertindak merampas 340 kilogram (kg) minyak masak peket 1kg di Pekan Bagan Serai di sini, pada Rabu.

Pengarah KPDN Negeri Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, satu operasi penyamaran sebagai pembeli telah dilakukan oleh anggota penguatkuasaan KPDN Cawangan Parit Buntar dalam Ops Tiris di premis tersebut.

Ujarnya, serbuan sekitar 11.30 pagi itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam berkaitan taktik peniaga terbabit.

“Ketika penyamaran, anggota telah cuba membeli dua peket minyak masak 1kg. Namun peniaga premis memaklumkan minyak masak peket 1kg hanya boleh di beli sekiranya telah membuat pembelian barangan lain minimum RM50.

“Berdasarkan maklumat berkenaan, sepasukan anggota beruniform masuk dan membuat pemeriksaan menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau lagi, hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihaknya menemui 340 peket minyak masak 1kg pelbagai jenama di premis berkenaan.

Justeru itu, ujar Kamalludin, seorang lelaki warga tempatan berusia 27 tahun yang mengaku sebagai pemilik premis telah diambil keterangan.

“Siasatan lanjut juga mendapati lelaki berkenaan mengaku telah mengenakan syarat pembelian sebanyak RM50 ke atas untuk pembelian barangan runcit sebelum dibenarkan membuat pembelian minyak masak peket sebanyak 2kg,” katanya.

Susulan itu, satu kes telah diambil dengan tindakan menyita sebanyak 340kg minyak masak peket 1kg dengan nilai sitaan dianggarkan berjumlah RM850.

Jelasnya, kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP