Tak salah gantung tanglung jika hanya perhiasan, tiada unsur agama

PUTRAJAYA – Hukum menggantung perhiasan tanglung adalah dibolehkan selagi mana perhiasan tersebut bukan perhiasan ritual keagamaan atau syiar dan simbol bagi agama lain.

Bagaimanapun, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi kenyataan menasihatkan setiap Muslim berhati-hati dengan penggunaan tanglung agar tidak mempercayai apa-apa unsur khurafat serta tidak menulis hajat dan doa-doa pada tanglung.

Katanya, tanglung yang digunakan mestilah bebas dari unsur-unsur tersebut dan dilihat hanya sekadar bahan seni dan budaya masyarakat Cina.

“Sehingga ke hari ini, tanglung telah dianggap sinonim dengan budaya dan tradisi Cina di mata dunia. Bahkan, ia masih dibuat dan direka serta dinikmati oleh bangsa Cina di seluruh dunia yang digunakan sebagai cara mengekspresi artistik kesenian dan perhiasan.

“Oleh itu, Islam meletakkan batasan dan garis panduan untuk bertoleransi dengan sesuatu agar tidak melangkaui batasan syariat agama seperti tidak membuat perkara syirik sehingga boleh membawa kepada kerosakan akidah,” katanya, hari ini.

Mengulas lanjut, hiasan kesenian budaya Cina adalah diharuskan susulan sejarah berkaitan tanglung yang dianggap sebagai suatu alat tradisi semata-mata serta tradisi yang diamalkan oleh masyarakat terbabit.

Bagaimanapun, etika penggunaan tanglung sebagai perhiasan bagi umat Islam perlu diteliti keterikatan tanglung di dalam agama lain sebagai ritual keagamaan atau sekadar tradisi dan kesenian semata-mata.

“Unsur-unsur akidah dan kepercayaan masyarakat Cina yang menjadikan sebab pengharaman penggunaan tanglung telah terhapus pada masa sekarang ini. Ia lebih dilihat sebagai bahan seni dan budaya semata-mata. Maka, ianya bukan lagi boleh dikategorikan sebagai sebuah perayaan keagamaan.

“Selain itu, sejarah dan mitos yang kabur dan bercampur aduk ini menyebabkan ianya tidak boleh dihukum dengan tetap sebagai sebuah perayaan keagamaan.

“Namun, umat Islam perlu berhati-hati terhadap penggunaannya dan kami menasihatkan agar tidak menggunakannya jika tiada keperluan bagi mengelakkan pandangan negatif, kontroversi dan fitnah terhadap agama,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial berkenaan
apabila seorang pemilik kedai Yong Tau Foo, di Kuantan, Pahang, diminta mengucap dua kalimah syahadah oleh pelanggannya, hanya kerana menggantung tanglung sebagai hiasan.

Jelasnya, walaupun telah diberi penjelasan namun pelanggan itu seolah-olah tetap tidak berpuas hati hingga memintanya mengucap dua kalimah syahadah.

Bagaimanapun beliau menganggap tindakan pelanggannya itu adalah kerana terlalu mengambil berat dengan apa yang dimakan.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu